Bersempena dengan bulan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, kibaran Jalur Gemilang kini semakin menghiasi jalan raya, bagunan, permis dan sekolah.
Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi perasannya sebagai 'anak Malaysia' yang sudah merdeka dan bebas dari berlakunya pertumpahan darah.
"Bendera sesebuah negara ibarat maruah dan perjuangan yg dibayar dgn darah dan keringat org terdahulu, ya aku tau bendera ni hanya berharga 4.99 sen sahaja boleh dapat di kedai tepi jalan, tetapi apakah nilainya hari ini kalau tidak ada darah yg mengalir dan jasad pejuang negara gugur untuk kecapi keberadaan Malaysia hari ini.
"Malaysia hari ini maju, bebas berbicara dan mempersoalkan sesuatu isu tanpa rasa gentar kerana tiada ISA," tulis pelakon filem Juvana itu.
Malah, Sharnaaz juga menjelaskan maksud disebalik warna Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna berbeza iaitu merah, putih, kuning dan biru.
Ads
"Tapi sedarlah wahai seluruh rakyat Malaysia, setiap maksud didalam bendera malaysia sungguh menyeluruh dan tepat, jika satu daripadanya diusik dan cubaan ancaman, keamanaan negara sgt dalam bahaya.
"Seruan ini buat kerajaan yg disayangi, kami sayang Malaysia, kami taknak pertumpahan darah.. tetapi jika anda tidak mengambil langkah sebaiknya, pasti gugur bendera ini dan perjuangan org terdahulu.
Ads
"Fikirlah wahai kerajaan ku sayang.. tolong repost msg ini biar sampai ke majlis tertinggi kerajaan Malaysia.. ikhlas dari anak melayu yg hidup aman damai selama 34 tahun," tulisnya lagi.
Sharnaaz bertindak berkongsi sedemikian kerana pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di beberapa buah lokasi baru-baru ini.
Ads
Bagaimanapun, isu tersebut sudah selesai apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyiasat bahawa tiada tujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di lokasi berkenaan.
Sebaliknya, ia adalah kesilapan yang jujur dan dipasang oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.
Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah video merakamkan sebuah rakaman di mana seorang anggota trafik dirempuh ketika sedang mengawal lalu lintas pagi tadi.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur itu menunjukkan bagaimana anggota keselamatan terpaksa bergadai nyawa demi kesejahteraan masyarakat.
“Seorang anggota trafik yang sedang mengawal lalu lintas dirempuh sebuah kereta hingga melambung .
“Kejadian berlaku di Persimpangan Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur kira kira jam 8.12 pagi.
“Ya allah takutnya bila tgk video ni. Kesiannya dkat abg polis dah la kerja berdiri tgh2 panas dan bahaya plak tu.kita sebagai pengguna jalan raya ni kena la sgt berhati2,” tulisnya sambil turut merakamkan dedikasi terhadap pihak berkuasa yang bertugas.
“Respect kpd smua anggota polis trafic yg sanggup bergadai nyawa demi menjaga keselamatan dan lalulintas.
“Apa pendapat korang utk mengelakkqn perkara mcm ni akn berlaku lg selepas ini?”