Categories: Berita

“Fikirlah Wahai Kerajaanku Sayang. Tolong Repost Mesej Ini,”- Sharnaaz Ahmad

Share

Bersempena dengan bulan kemerdekaan tanggal 31 Ogos ini, kibaran Jalur Gemilang kini semakin menghiasi jalan raya, bagunan, permis dan sekolah.

Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut berkongsi perasannya sebagai 'anak Malaysia' yang sudah merdeka dan bebas dari berlakunya pertumpahan darah.

"Bendera sesebuah negara ibarat maruah dan perjuangan yg dibayar dgn darah dan keringat org terdahulu, ya aku tau bendera ni hanya berharga 4.99 sen sahaja boleh dapat di kedai tepi jalan, tetapi apakah nilainya hari ini kalau tidak ada darah yg mengalir dan jasad pejuang negara gugur untuk kecapi keberadaan Malaysia hari ini.

"Malaysia hari ini maju, bebas berbicara dan mempersoalkan sesuatu isu tanpa rasa gentar kerana tiada ISA," tulis pelakon filem Juvana itu.

Malah, Sharnaaz juga menjelaskan maksud disebalik warna Jalur Gemilang yang mempunyai empat warna berbeza iaitu merah, putih, kuning dan biru.

"Tapi sedarlah wahai seluruh rakyat Malaysia, setiap maksud didalam bendera malaysia sungguh menyeluruh dan tepat, jika satu daripadanya diusik dan cubaan ancaman, keamanaan negara sgt dalam bahaya.

"Seruan ini buat kerajaan yg disayangi, kami sayang Malaysia, kami taknak pertumpahan darah.. tetapi jika anda tidak mengambil langkah sebaiknya, pasti gugur bendera ini dan perjuangan org terdahulu.

"Fikirlah wahai kerajaan ku sayang.. tolong repost msg ini biar sampai ke majlis tertinggi kerajaan Malaysia.. ikhlas dari anak melayu yg hidup aman damai selama 34 tahun," tulisnya lagi.

Sharnaaz bertindak berkongsi sedemikian kerana pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di beberapa buah lokasi baru-baru ini.

Bagaimanapun, isu tersebut sudah selesai apabila Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menyiasat bahawa tiada tujuan mengaibkan atau merupakan satu manifestasi membantah di lokasi berkenaan.

Sebaliknya, ia adalah kesilapan yang jujur dan dipasang oleh pekerja warga asing yang tidak memahami cara pemasangan jalur berkenaan.

Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

Published by
MH