Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.

Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, berkata, dia memilih untuk tidak mengumumkan perkara yang masih belum pasti.

Belum Pasti, Tak Kongsi

“Saya percaya benda yang baik ini selagi tak pasti jangan kongsi. Saya tunggu sampai selesai, alhamdulillah,” katanya.

Fikry Ibrahim Perbetul Tanggapan, Dikata Muka Macam Tak Rela Kahwin – “Mungkin Pada Ketika Itu Ada Benda Yang Saya Fikir.” Fikry Ibrahim Perbetul Tanggapan, Dikata Muka Macam Tak Rela Kahwin – “Mungkin Pada Ketika Itu Ada Benda Yang Saya Fikir.”Fikry Ibrahim Perbetul Tanggapan, Dikata Muka Macam Tak Rela Kahwin – “Mungkin Pada Ketika Itu Ada Benda Yang Saya Fikir.”

Ads

Fikry menjelaskan perkara itu menerusi sejurus ditanya rakan hos di dalam Melodi, Ain Edruce pada malam Khamis.

Mengulas mengenai dakwaan dia seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya dilihat macam tidak rela, Fikry ada jawapannya sendiri.  menyangkal tanggapan tersebut.

Ads

“Mungkin pada ketika itu ada beberapa benda yang saya fikir. Termasuklah menjadi seorang suami. Tanggungjawab dia besar dan kena adil.

“Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata. Tetapi adil itu meletakkan hak pada tempatnya,” jelasnya.

Ads

Berterima Kasih Pada Isteri

Fikry pada masa sama turut memberikan dedikasi terhadap isterinya, Khalizah yang sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini.

“Dengan ihsannya, dia tengah ibu saya yang tercinta di Kedah. Terima kasih sayang,” titipnya.

Terdahulu, Fikry dan Khalizah pada Rabu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI