Kasihan Dewi Remaja 2022 ‘Face Shaming’, Fikry Ibrahim; “Saya Tak Cakap Semua Peserta Ini Sempurna. Tapi…”

Share

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kecaman berbentuk ‘face shaming’ diberikan netizen terhadap peserta Dewi Remaja bagi edisi 2022.

Selaku hos program tersebut, pelakon Fikry Ibrahim, 28, berharap orang ramai di luar sana lebih berhati-hati dalam memberikan komen agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya tak cakap pun semua peserta Dewi Remaja ini sempurna. Tapi apa yang boleh saya kata di sini ialah mereka manusia biasa, kekurangan mereka mungkin jadi kesempurnaan pada orang lain.

“Saya pernah tengok mereka berdepan dan bila saya tengok balik gambar itu angle main peranan sebenarnya.

“Saya okay untuk orang bagi pandangan agar ia membina kita menjadi lebih baik tapi kurang enaknya bila hentaman menghina… awak menghina ciptaan Allah.

“Kalau sampai muka pun nak komen yang tidak baik, awak siapa nak cakap (macam itu). Tak wajarlah bagi saya kalau mereka nak cakap macam itu,” katanya kepada MH.

Menurut Fikry lagi, seharusnya netizen perlu lebih berhemah dalam memberikan komen walaupun berhak untuk menulis apa sahaja dalam media sosial.

“Kalau nak beri sesuatu komen itu biarlah berhemah dan ada batas. Kalau nak mengekspres diri kita, kita kena faham apa itu freedom of speech.

“Freedom of speech itu bukanlah sampai untuk menyakitkan hati orang,” katanya lagi.

Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

Finalis Dewi Remaja 1994/95, pelakon popular Rozita Che Wan pula berperanan sebagai juri tetap program tersebut.

Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Fikry Ibrahim

Published by
Juliana Johar