Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Finas, filem ini aka dipertandingkan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa dalam majlis anugerah berprestij itu yang bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.
Filem Abang Adik yang diterbitkan oleh More Entertainments Sdn. Bhd merupakan arahan sulung Jin Ong dan menampilkan lakonan Jack Tan dari Malaysia bergandingan dengan Kang Ren Wu dari Taiwan telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.
“Filem ini telah mencatat kejayaan besar dengan memenangi 19 anugerah antarabangsa, membuktikan kemampuan filem Malaysia bersaing di peringkat global.
Ads
“Antara pencapaian tertinggi filem ini ialah memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged competition ke-22) serta merangkul anugerah Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award dan White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Festival Filem Far East ke-25 di Udine, Itali.
“Filem ini turut diiktiraf di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37 di Switzerland dan First Festival di China. Di peringkat tempatan, Abang Adik merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaikdi Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024,” kata kenyataan itu.
Ads
Sesuai dengan kualiti tinggi dan mesej terbaik disampaikan, filem ini mendapat tontonan ramai sehingga mencapai kutipan tiket yang cukup memberangsangkan.
Filem ini mencipta fenomena pada 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, sekaligus menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Ads
Tayangan di Malaysia pada Disember 2023 pula mencatatkan kutipan sebanyak RM5.7 juta. Kini filem ini sedang ditayangkan di China bermula 21 September lalu dan setakat ini telah mengutip sebanyak RM2.2 juta.
Jika anda ingin menonton filem Abang Adik, filem ini sudah ditayangkan menerusi saluran penstriman popular, Netflix.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie atau sinonim dengan panggilan Khiriah ada berkongsi pandangan mengenai kewajipan kaum wanita untuk menjaga aurat.
Kongsi Khiriah, untuk berubah kearah kebaikan itu mudah namun untuk kekal istiqomah bukan satu perkara yang mudah.
“Bukan mudah utk kita berada kukuh di jalan Allah, kdg kelaut..tp mohon akak jgnlah sampai buka apa yg dh ditetapkan pakai.
“Mohon gak pd diri sendiri moga kuat sb tau dirini tkdelah kuat mana,tingin pakai suar koyak,maka pakailah..masih pakai jean,halus kat kaki..kdg bjubah kdg bsuar..
“iman turun naik cuma mana yg wajib tutuplah..tingin taknak kena dlm alam sana tp rasanya mcm kena pasai masih byk yg tk betul lagi..korg doakan akak,InshaAllah akak doakan korg..nak istiqomah di jalan Allah bukan pkara mudah sapa yg bjaya tahniah sapa yg gagal kita ssama cuba..
“Allah pemberi rezeki..Allah uji tanda Allah sayang, bukan tanda suh melayang apa yg dah melekat, tutup aurat ni berat sebenarnya..tapi sangat ringan bagi mereka yg berjaya ISTIQOMAH di jalan ALLAH..Tahniah #tegurandariAllahpelbagaicara #teguranbuatdirisendiri#berlapangdadasajakitaterima #tutupbukitmerahgunungsemanggol
Dalam pada negara terkait dengan kemelut politik dengan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap petugas media yang sejak Ahad lalu yang ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara nyata menarik perhatian masyarakat.
Jika semalam, pihak istana mengejutkan petugas media bersama tengahari iaitu KFC, hari ini Agong mencemar duli menyampaikan sendiri McDonalds kepada petugas media di luar perkarangan istana.
“Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini. – FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
#sinarharian #agongkita,” kongsi Sinar Harian.
Titah Baginda, ini hanya sekadar sumbangan kecil kepada petugas media yang bertungkus lumus dalam menyediakan maklumat buat masyarakat.
Tindaka tersebut nyata menunjukkan sifat kasih sayang dan keprihatinan baginda kepada rakyat.
Foto : Instagram Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyambut ulang tahun kelahiran tahun ini, Kamal Adli ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), Kamal juga dilihat ada meraikan hari jadi sendiri menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram.
Apapun, satu yang menarik, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli turut menerima kejutan istimewa daripada rakan pelakon, Uqasha Senrose.
Genap 34 tahun hari ini, pemenang Hero Remaja 2008 ini menerima sebiji kek istimewa dan telah menitipkan ucapan terima kasih kepada Uqasha atas ingatan.
“Thank you so soo muchhh for this cake, terkejut tengah baring kek sampai! haihh nk cakap jgk sebab too special for me n i really2 happy yg @uqashasenrose2 yg send this cake.
“Thank you soo much, duduk rumah baik2 taw awk, tq tqq again,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...