Naskhah Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.
Berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia.
DMY Creation selaku pengedar rasmi filem Anwar: The Untold Story mengesahkan, kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun bersaing dengan filem antarabangsa, Fast X.
Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan.
“Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa.
“Lebih menggembirakan rakyat Malaysia memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri berbanding karya antarabangsa.
“Filem Anwar: The Untold Story menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan filem biopik mengenai tokoh lain pada masa depan.
“Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap naskhah biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup,” katanya.
Ads
Tambahnya, pihaknya juga menerima rating antara 8 hingga 10 untuk filem lakonan Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.
Selain itu, filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif yang juga penulis cerita asal filem, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar bersyukur sambutan luar biasa yang diterima.
“Menerusi hasil tinjauan, orang ramai tidak melepaskan peluang memenuhi beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang seperti di Atria, MBO, Paradigm Mall, One Utama dan KLCC untuk menonton filem ini.
Ads
“Kami berharap sambutan terhadap filem Anwar: The Untold Story akan berterusan kerana kami mensasarkan kutipan tinggi untuk filem ini,” katanya.
Mengulas mengenai filem Anwar: The Untold Story lagi, kata Zunar, filem itu juga mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pawagam.
“Saya akui filem ini banyak terima tempahan lebih awal oleh pihak pawagam. Contohnya, pawagam di MidValley dan Pulau Pinang yang sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini,” katanya.
Mengenai harapannya pada filem Anwar: The Untold Story, Zunar berharap filem itu mendapat sambutan berterusan orang ramai.
Ads
“Filem Anwar: The Untold Story ini adalah genre yang jarang ada di Malaysia kerana ia membongkar kebenaran dan apa yang berlaku pada 1988.
“Justeru, saya berharap orang ramai akan datang untuk menonton kisah benar yang tidak pernah didedahkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Flem Anwar: The Untold Story juga menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhalizamenyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar: The Untold Story menjalani penggambaran di Indonesia.
Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.
Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Alvin Chong ada memuat naik satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini dilihat sedang bersahur untuk menjalani hari pertama ibadah puasa.
Meski bukan beragama Islam, Alvin memberitahu, dia cuba usaha melakukan perkara tersebut sebagai menghormati orang Islam yang berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini.
“Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu, bukan Islam ke, Cina ke, India ke.
“Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh?
“Siapa nak pergi tidur pergilah tidur tapi jangan tinggal solat okey?” katanya.
Awal semalam, bintang versatil Ifa Raziah ada menitipkan ucapan teristimewa buat suami tercinta, Mohd Yani Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.
Mengakui telah pun melalui pelbagai rintangan sepanjang tempoh perkahwinan, bintang yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser itu bagaimanapun bersyukur kerana hubungan keduanya masih kekal harmoni.
“Syukur Alhamdulillah harini genap 15 tahun ANNIVERSARY Perkahwinan kami berdua 24hb April 2019.
“Bermcm2 dugaan yg kami tempuhi sepanjang 15 tahun ini susah senang .. pahit manis .. Bergaduh dan Bermanja .. Menangis Ketawa .. Itulah Gelombang Rumah Tangga selama 15 tahun bersama,” tulisnya.
Pada masa sama, Ifa turut bersyukur kerana mempunyai suami yang setia, jujur serta amanah di dalam perkahwinan.
“Syukur Alhamdulillah menjadi Suamiku yg paling SETIA .. paling JUJUR dan AMANAH..tidak ada lagi manusia lain didunia ini sebaik Suamiku MOHD YANI BIN ABDUL RAHMAN.. Lelaki yg membawaku ke Jalan yg di REDHAI ALLAH SWT. Lelaki ini yg byk mengajarku erti KEBAIKAN dan KESABARAN
“Lelaki ini yg sanggup menerimaku SEADANYA .. BAIK & BURUKku. Lelaki ini yg sentiasa menghargai & melayan diriku seperti PERMAISURI. Terima Kasih buat Ibu Mertuaku yg melahirkan suamiku utk menjaga diriku dan anak2 ku sehingga ke Jannah.
“Apa yg aku perlukan dr suamiku hanyalah KASIH SAYANG & CINTA ABADI sehingga ke JANNAH. Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulis Ifa panjang lebar menerusi Instagram.
Dalam perkembangan lain, Ifa kini sibuk dengan projek meganya iaitu festival beli-belah anjurannya, Star Vendor Festival.
Selaku Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendor Festival, Ifa sebelum ini memberitahu festival jualan sempena musim perayaan itu akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti, lengkap dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal disediakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azharina mengakui buat masa ini, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandangkan komitmennya kini hanyalah untuk kerjaya seni dan famili.
Malah, secara seloroh juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut mengakui anak-anak pun tidak bercakap mengenai soal ‘bapa baru’.
“Buat masa ini tidak perlu jantan-jantan, fokus saya buat masa ini kepada anak-anak dan cari rezeki yang halal. Mereka pun tak pernah minta, tak mahu bagi saya berkahwin lagi ada. Apa pun, bagi saya jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.
“Jadi saya tak berani untuk cakap lebih. Kadang kita cuba, tapi saya tidak mampu untuk melakukannya,” kata Azharina jujur kepada MH.
Ditanya sama ada dia trauma dengan kisah cerai melibatkan selebriti andai mendirikan rumah tangga sekali lagi, Azharina memberitahu ia adalah takdir sementelah dia sendiri pernah melalui fasa hitam itu.
“Saya sendiri pun pernah bercerai. Saya dah laluinya jadi tidak mahu lagi sakit. Saya terlalu selesa dengan posisi ini selama 10 tahun.
“Sehinggakan pada satu tahap, saya tidak rasa ada keperluan untuk mendirian rumah tangga lagi. Tetapi itu kata kita sebab yang menantukan adalah Dia. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini, saya tidak fikir untuk kahwin lagi,” akuinya.
Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar yang masing-masing berusia lima dan dua tahun.
Terdahulu, Azharina ditemui sejurus kejayaannya yang mencipta sejarah sebagai artis pertama negara ini yang bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia yang melakukan sidang media dan mempersembahkan dua lagu di dalam kapal terbang pada aras 38,000 kaki dari aras laut.
Sesi tersebut dibuat sebagai salah satu rangka promosi Concert Azharina: Queen of Soul yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...