Sejak ditayangkan di Indonesia bermula 18 Ogos lalu, filem terbaharu lakonan pelakon Nicholas Saputra, Sayap-Sayap Patah terus mencatatkan kutipan membanggakan apabila berjaya mengumpul RM40 juta setakat ini.

Diadaptasi daripada kisah benar, filem Sayap-Sayap Patah arahan sutradara terkenal, Rudi Soedjarwo mendapat riviu positif kebanyakan penonton tempatan.

Selain Nicolas, naskhah ini turut dibintangi Ariel Tatum, rapper terkenal Indonesia Iwa K, Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.

Filem Baharu Nicholas Saputra Kutip RM40 Juta Di Indonesia, Bakal Masuk Malaysia Oktober

Ia berkisarkan mengenai tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.

IKLAN

Tidak setakat itu, ramai tokoh terkenal memuji skripnya dan kualiti lakonan semua pelakonnya termasuk Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani.

Beliau menyifatkan filem tersebut layak ditonton untuk sesiapa sahaja yang menyintai Indonesia.

Sementara itu, Penerbit MoreADD Holding Berhad, Roslina Abd Majid berkata, Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama gandingan bintang ternama di Indonesia.

IKLAN

Filem Baharu Nicholas Saputra Kutip RM40 Juta Di Indonesia, Bakal Masuk Malaysia Oktober

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam cukup terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.

“Malah sekumpulan media Malaysia yang turut diundang menonton Sayap-Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu turut mengakui filem ini sebuah karya terbaik dan cukup mengesankan.

IKLAN

“Mengikut perancangan, MoreADD Holding akan menganjurkan Tayangan Gala Sayap-Sayap Patah di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober ini diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei,” katanya.

Sayap-Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K dan lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi dipilih menjadi runut bunyi bagi filem blockbuster tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI