Filem dokumentari No Other Land mencipta sejarah di Anugerah Akademi (Oscar) ke-97 apabila diumumkan sebagai Dokumentari Terbaik, sekali gus mengangkat kisah perjuangan rakyat Palestin di Tebing Barat ke pentas dunia.
Kemenangan ini bukan sekadar kemenangan sinematik, tetapi satu seruan kesedaran global terhadap isu kemanusiaan yang masih berlarutan.
Dokumentari Penuh Emosi
Menariknya, dokumentari ini diarahkan oleh empat pembikin filem yang berasal dari Palestin dan Israel—Basel Adra, Hamdan Ballal, Yuval Abraham dan Rachel Szor. Mereka berjaya mengetengahkan realiti perit rakyat Palestin yang berdepan dengan pengusiran paksa di Masafer Yatta, kawasan yang diduduki di Tebing Barat.
Filem ini bukan sekadar visual biasa, tetapi merakam detik-detik sebenar perobohan rumah, kekejaman tentera, serta perjuangan komuniti Palestin yang berani bangkit mempertahankan hak mereka.
Proses penggambaran yang mengambil masa empat tahun bermula 2019 sehingga 2023 jelas membuktikan kesungguhan pembikin filem ini untuk menampilkan kisah yang benar-benar memberi impak mendalam.
Ucapan Kemenangan Yang Menyentuh Hati
Saat kemenangan diumumkan, suasana di Dolby Theatre, Los Angeles menjadi emosional apabila para pembikin filem naik ke pentas menerima anugerah. Kebanyakan tetamu dilihat bangun memberikan standing ovation.
Ads
Basel Adra, salah seorang pengarah Palestin, sempat berkongsi harapannya buat masa depan generasi akan datang.
“Dua bulan yang lalu, saya menjadi seorang ayah, dan harapan saya adalah anak perempuan saya tidak perlu hidup dalam ketakutan seperti saya, sentiasa bimbang tentang peneroka, keganasan, perobohan rumah dan pemindahan paksa,” ujarnya.
Ucapan ini bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh, malah membuka mata dunia terhadap realiti kehidupan rakyat Palestin yang terus berdepan kezaliman.
Ads
Sementara itu, pengarah bersama Israel, Yuval Abraham, turut memberikan mesej mendalam tentang kepentingan solidariti dalam perjuangan ini.
“Ini adalah kali pertama seorang Palestin dan seorang Israel berdiri di pentas ini bersama-sama, bukan sebagai musuh, tetapi sebagai rakan seperjuangan. Perkara ini boleh menjadi kenyataan, tetapi hanya jika kita mengakui bahawa satu bangsa tidak boleh bebas selagi yang lain masih ditindas,” luahnya tegas.
Ads
Beliau juga lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat, yang menurutnya menjadi salah satu penghalang terbesar kepada keamanan di rantau tersebut.
Kemenangan No Other Land di Oscar kali ini jelas membuktikan bahawa filem bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu platform untuk menyampaikan mesej kemanusiaan.
Dokumentari ini berjaya membuka mata dunia terhadap kehidupan rakyat Palestin di bawah tekanan penjajahan dan bagaimana mereka terus berjuang untuk mempertahankan hak mereka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski sudah lama pelakon senior Bollywood, Karisma Kapoor tidak muncul di layar perak, namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi.
Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonannya yang cukup melekat di hati pencinta filem Bollywood di negara ini seperti Coolie No. 1, Raja Hindustani, Dil To Pagal Hai, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi.
Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial sekali gus berkongsi perihal aktiviti serta perkembangan terkininya.
Bagaimanapun, satu hal yang paling buat ramai kagum adalah apabila ramai yang perasan akan wajah serta bentuk badannya yang kekal menawan dan langsing, tak ubah ketika dirinya di julang sebagai Ratu Bollywood tak lama dulu!
Tidak dinafikan, figuranya seakan tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah mencecah usia 46 tahun.
Malah, dia dilihat kerap berkongsi foro tanpa secalit solekan, sekali gus membuatkan wajahnya tampak lebih segar mempesona.
Dilahirkan di kalangan keluarga seni, bintang cantik ini dilahirkan di Mumbai, India pada 25 Jun 1974. Bapa ibunya, iaitu Randhir Kapoor dan Babita merupakan pelakon terkenal pada suatu ketika dahulu.
Sementara adiknya, Kareena Kapoor pula kekal aktif dalam dunia perfileman sehingga hari ini.
Kali terakhir Karisma membuat kemunculan dalam filem adalah menerusi Zero, yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.
Foto: Instagram Karisma Kapoor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
Terlebih dahulu, PM menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan, sukarelawan, perkhidmatan penghantaran makanan yang tidak kenal erti penat lelah dalam membantu dan mengekang penularan wabak Covid-19.
Jelasnya Malaysia ibarat keluarga besar yang saling membantu sesama sendiri tanpa mengira bangsa sambil memetik kata slogan #KitaJagaKita sebanyak dua kali.
Jelasnya menurut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) jangkitan dapat dikawal pada kadar tujuh peratus berbanding 10 peratus yang dijangka oleh WHO.
PM turut menitipkan kesyukuran apabila semakin ramai pesakit pulih dan andai trend ini berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang, Malaysia tetap memerlukan tindakan pencegahan.
Berdasarkan nasihat KKM dan pakar perubatan, kerajaan memutuskan melanjutkan PKP untuk dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April untuk memberi ruang petugas kesihatan memerangi wabak dan elakkan penularan di kalangan rakyat.
Jelasnya, rakyat harus bersedia untuk menjalani PKP dalam tempoh yang lama untuk membolehkan wabak ini pulih. Dia turut meminta rakyat untuk berterawih bersama keluarga dan menerima kenyataan bahawa setiap dari kita harus menyambut bulan mulia itu seadanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyatakan kebimbangan untuk membuka sesi persekolahan lebih awal kerana bimbang akan jangkitan antara pelajara sekolah. Dia turut menjelaskan mempunyai cucu yang masih bersekolah dan berseloroh ‘saya turut punya cucu yang masih bersekolah dan tentulah kita lebih sayangkan cucu’.
Tambahnya, selepas ini rakyat Malaysia harus menjalani kehidupan ‘new normal’ sebagai contoh berjabat tangan, kerap membasuh tangan, memakai topeng muka dan banyak contoh lain.
Tegas Muhyiddin lagi, dia bertanggungjawab terhadap nyawa rakyat Malaysia dan memohon agar semua mematuhi PKP yang dilaksanakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin ada berkongsi kisah mengenai keistimewaan yang dimiliki bapanya di laman Instagram.
Menurut PU Amin, ayahnya merupakan seorang yang kurang upaya dari segi penglihatan tetapi mempunyai keupayaan untuk mengajar golongan buta mengaji Al-Quran.
“Abah saya, Mohd Noor seorang yang cacat penglihatan. Dia buta hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel pergi ke seluruh Malaysia ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Dulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al-Quran di Brunei. Matanya buta tapi boleh menghafal Al-Quran. Banyak buku barile dia buat untuk orang-orang buta.
“Kini, walau diri kian dimamah usia, masih tak letih ajar Al-Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatah lagi kalau ada jenis yang menganjing OKU. Jadi saya cepat tersentuh,” tulisnya.
Tambah PU Amin lagi, ayahnya sering menjadi sumber kekuatan untuknya terus melakukan kerja-kerja dakwah.
“Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komputer, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tidak dapat melihat itu, menitiskan air mata. Pesannya “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit.
“Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian PU Amin tersebut.
Allahu, hebat sungguh keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah untuk bapa PU Amin ini! Semoga perjalanan hidupnya sentiasa diberkati dan diberikan ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!