Syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd melakar sejarah apabila memeterai perjanjian dengan tiga platform OTT terbesar di China dengan menayangkan filem pertama, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.
Tiga platform OTT terbesar menjadi pilihan iaitu Bestv, Youku dan Yongoo.
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi, berkata kejayaan menembusi pasaran China dapat mempromosikan filem dan budaya Malaysia ke peringkat global.
Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta bakal ditayangkan di Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei Darussalam, tidak lama lagi.
“Kami tidak menghasilkan filem Gadis Jolobu The Movie untuk pasaran Malaysia sahaja, sebaliknya menyasarkan beberapa negara luar termasuk Asia Tenggara.
“Dalam keadaan industri pawagam yang baru mahu pulih selepas lebih dua tahun terkesan dengan pandemik, sasaran tidak hanya bertumpu dalam negara.
“Jadi, platform OTT di China adalah pilihan terbaik kerana mempunyai liputan lebih meluas berbanding pawagam,” katanya yang turut melancarkan Gadis Jolobu The Movie menerusi platform penyiaran digital tele-virtual OTT di Malaysia, Get Play.
Ads
Tambah Saraleana, China mengehadkan rakyat ke pawagam, malah, hanya 40 filem antarabangsa dibenarkan ditayangkan dalam tempoh setahun dalam musim pandemik.
“Jadi, langkah terbaik dengan memilih platform OTT kerana ia juga menjadi trend seluruh dunia. Selain itu, setiap daerah di China mempunyai saluran televisyen (TV) sendiri.
“Jadi, keputusan menayangkan filem Gadis Jolobu The Movie di platform OTT adalah langkah terbaik, buat masa ini,” katanya lagi.
Filem Gadis Jolobu The Movie yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menampilkan bintang senior, Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud dan memperkenalkan bakat baharu, Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.
Ads
Menerusi perbincangan rangkaian OTT, Saraleana berkata, pihaknya mendapat maklum balas cukup positif apabila pembekal OTT mengagumi keindahan kawasan perkampungan yang ditonjolkan dalam filem Gadis Jolobu The Movie.
Saraleana berkata, ada pembekal OTT berpandangan Malaysia sebuah negara moden, membangun dan hanya dikelilingi bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur.
“Di China mempunyai banyak kampung, namun, pembekal OTT cukup kagum dengan keindahan kampung, budaya dan tradisi di Malaysia selepas menonton pelan pemasaran filem.
Ads
“Tarikan filem Gadis Jolobu The Movie lebih kepada sinematografi. Disebabkan itu, kami tidak memaparkan jalan cerita berat, malah, penggunaan dialek Negeri Sembilan dan adat juga terlalu banyak ditonjolkan kerana enggan penonton luar keliru.
“Bagaimanapun, saya mengakui proses memasukkan sari kata agak mencabar kerana penggunaan dialek Negeri Sembilan dalam filem,” katanya.
Selain itu, katanya, filem Gadis Jolobu The Movie kini boleh ditonton menerusi platform Get Play bermula hari ini. Tawaran istimewa diberikan kepada pengguna platform Get Play antara 26 Ogos hingga 8 September depan.
Mengulas mengenai platform Get Play berkonsep baharu, Saraleana berkata, penonton hanya membayar setiap kandungan seperti membeli tiket di pawagam.
“Setiap RM1 langganan akan disalurkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan sempena Bulan Kemerdekaan sebagai inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Hari ini saya diuji, abang saya pula pergi mengadap Illahi.” Luahan reda bercampur emosi itu diluahkan Ali Puteh yang juga adik kepada pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Dipetik menerusi IG TV Awani, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bagaimanapun percaya dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan perlu tenang berdepan dengan dugaan.
“Saya tak mampu sebenarnya untuk tahan benda ni sampai kadang-kadang saya termenung fikirkan nasib hidup. Tapi saya percaya dengan qada dan qadar, perancanganNya yang sangat hebat.
“Macam mana pun saya kena tenang, kena tahan, kena segala-galanya. Cuma selepas ini tiada lagi istilah abang dalam hidup saya.
“Saya dalam industri ini akan bertanya dengan dia, tetapi selepas ini tak ada abang saya dah dalam industri. Saya kena bergerak sendiri untuk terus berada dalam industri,” jelasnya.
Ditanya mengenai apakah hasrat yang ingin dilakukan bersama Abam, Ali menambah sepatutnya mereka bekerjasama di dalam sebuah program masakan dan merancang untuk mulakan penggambaran selepas Syawal.
“Sebenarnya saya ada perancangan menerusi sebuah program bersama arwah. Kita rancang selepas raya akan mulakan penggambaran, sebuah rancangan masakan. Tapi tidak kesampaian. Satu kerjasama dengannya balik, tapi benda itu tidak akan jadi.
“Kalau saya diberi peluang pun saya tak mahu buat sebabnya saya yang merancang bersamanya. Tiada yang boleh gantikan dia dalam hidup saya,” kata Ali yang turut akui pada fasa ini, dia sekeluarga perlu tenangkan ibu tercinta.
“Saya perlu tenteramkan mak kerana dalam keadaan sekarang dia pun masih sakit, masih tidak sihat. Saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini, tetapi saya akan jaga mak saya macam mana dia jaga. Arwah anak yang baik.
“Kalau tengok hari ni ramai yang datang. Saya tahu ramai yang sayang dia. Macam yang dia pernah cakap pada saya, kalau kita baik Ali semua orang sayang kita. Tak pernah dia bergaduh dengan siapa-siapa, tak pernah susahkan orang.
“Hari ini terbukti penuh dalam masjid ni, datang nak tengok dia. Itu yang saya tahu dia sangat hebat dalam hidup saya,” tutur Ali dalam nada sebak.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Menurut Awani, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Tony Fernandes yang difahamkan telah mengambil keputusan untuk menjual rumah agamnya yang terletak di Ayrshire, Scotland yang bernilai 2.5 juta pound (RM13.55 juta).
Menurut laporan Astro Awani, tokoh korporat dari Malaysia itu terpaksa membuat demikian bagi menyelamatkan empayar perniagaannya.
Lalu, berita tersebut mendapat perhatian ramai pihak, termasuk usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menurutnya, dia bersimpati mendengar perkhabaran tersebut selain mengakui ketika fasa pendemik Covid-19 ini, ramai usahawan yang terkesan termasuk dirinya.
“Saya turut bersimpati malah saya juga turut terasa. Zaman COVID ini terlalu banyak syarikat gergasi dan orang kenamaan yang terkesan.
“Tapi apakah daya hidup perlu diteruskan saya yakin golongan seperti kami rakyat marhen lagi terkesan.
“Hidup ini perlu diteruskan walaupun pahit tetap ditelan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Cuba Bahagia itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Aliff juga berharap agar orang ramai diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi waktu sukar ini.
“Semoga mereka yang melalui saat getir ini kuat dan tabah dengan dugaan. Dan carilah rezeki dengan cara yang halal dan baik. Aminn,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih dalam masa terdekat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas 16 tahun, penyanyi pop terkenal ini hamil sekali lagi. Dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram dalam satu perkongsian panjang pagi ini (waktu Malaysia). Kehamilan ini adalah hasil hubungannya bersama tunang, Sam Asghari.
Britney sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Sean Preston dan Jayden, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama bekas suami, Kevin Federline.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu popular Baby One More Time ini berkata, “Saya menghilangkan banyak berat badan semata-mata mahu ke percutian di Maui dan kemudiannya berat badan bertambah. Apakah yang berlaku kepada perut saya sebenarnya?
“Suami pula berseloroh mengatakan yang saya ‘mengandung’ makanan. Dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan dan keputusannya, saya mengandung!”
Di sebalik perkongsiannya ini, Britney turut berkongsi pandangan pengenai kemurungan perinatal yang dihadapi oleh wanita mengandung yang jarang dibahaskan sebelum ini.
“Sukar kerana semasa saya mengandung dahulu, saya mengalami kemurungan perinatal. Saya perlu mengatakan yang situasi itu sangat mengerikan. Sebelum ini wanita tidak berani bercakap mengenainya.
“Sesetengah orang menganggap ia berbahaya jika seorang wanita mengadu seperti itu dengan bayi dalam dirinya. Tetapi kini wanita bercakap tentangnya setiap hari, terima kasih Jesus kita tidak perlu merahsiakan kesakitan itu sebagai rahsia,” ujar wanita berusia 40 tahun ini.
Di sebalik berita gembira yang disampaikan, ramai membuat spekulasi yang pelantun lagu Toxic ini sudah berkahwin dengan tunangnya kerana dia secara terang-terangan memanggil model dan jurulatih kecergasan itu dengan gelaran suami.
Britney dan Sam bertemu ketika penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016.
Pada 2021, Britney telah berjaya mengeluarkan dirinya dari conservatorship di bawah seliaan ayahnya yang berlaku lebih 13 tahun. Kini dia tampil lebih bebas dan memiliki semua hak terhadap harta, kehidupan dan perjalanan kerjayanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.