Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-97.
Menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh IMDA, filem arahan pengarah asal Singapura, M Raihan Halim telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Penasihat Suruhanjaya Filem Singapura (SFC).
Menariknya filem La Luna merupakan filem berbahasa Melayu dan dibintangi oleh pelakon-pelakon asal Malaysia dan Singapura seperti Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa dan Hisyam Hamid.
“Saya merasa rendah diri, kagum dan berbesar hati untuk mewakili Singapura dengan filem kecil kami, La Luna. Saya dan pasukan saya benar-benar terharu!” kongsi pengarah & penulis skrip, M. Raihan Halim.
Filem ini diterbitkan oleh Clover Films dan Papahan Films, kedua-duanya merupakan syarikat penerbitan Singapura, dengan kerjasama ACT 2 Pictures dan One Cool Film Malaysia.
Filem La Luna merupakan filem kedua arahan pengarah tersebut yang diterbitkan sejak filem pertamanya, Banting. Filem itu membuat tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Tokyo yang diiktiraf FIAPF di bawah seksyen Masa Depan Asia, dan mengambil bahagian di Festival Filem Asia Jogja-Netpac tahun lepas.
Ads
Filem ini juga dipilih sebagai filem penutup di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam dan ditayangkan di bahagian Panorama Antarabangsa Festival Filem Antarabangsa Shanghai awal tahun ini.
Pelakon utama, Sharifah Amani dan Shaheizy Sam turut menyatakan rasa bangga dan teruja mereka apabila karya lakonan mereka bakal dipertandingkan di anugerah berprestij antarabangsa seperti Oscar.
“Ini seperti impian setiap pelakon untuk menjadi sebahagian daripada acara anugerah paling berprestij di dunia, saya amat bersyukur,” ujar Shaheizy Sam.
Manakala Sharifah Amani yang memegang watak sebagai Hanie Abdullah pula berterima kasih kepada Singapura kerana menerima filem tersebut dengan baik.
Ads
“Menjadi Hanie Abdullah dalam La Luna merupakan pengalaman yang sangat peribadi bagi saya, dan kini, melihatnya diiktiraf oleh Singapura sebagai pemilihan rasmi mereka untuk Oscar adalah sesuatu yang mengagumkan.
“La Luna merupakan karya seni yang lahir daripada semangat dan kerja keras semua orang yang terlibat. Saya sangat berterima kasih kepada pasukan yang luar biasa di belakang La Luna, kepada Singapura kerana menerima cerita ini dan kepada setiap penonton yang sedikit sebanyak melihat diri mereka dalam filem ini.
Ads
“Pengiktirafan ini adalah untuk kita semua yang percaya kepada kuasa penceritaan untuk merapatkan jurang. Saya benar-benar bersyukur dan teruja dengan apa yang akan datang,” ujar Sharifah Amani.
Mengisahkan tentang Hanie yang pulang ke kampung dan membuka kedai pakaian dalam wanita sekaligus mengundang pelbagai polemik, filem La Luna yang ditayangkan di pawagam tahun lalu kini boleh ditonton menerusi saluran penstriman popular, Netflix.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerjaya sebagai pelakon menuntut mereka untuk sekurang-kurangnya mempunyai ingatan yang baik bagi membolehkan mereka untuk menghafal skrip yang diberikan.
Risau dengan keadaan dirinya yang kerap lupa, aktres Nabila Huda Suhaimi atau mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagramnya bagi mengatasi masalah yang dihidapinya itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh ‘menjejaskan’ karier lakonan yang dilakukannya lebih dua dekad lalu.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat… cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni… saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku… tolong saya,” tulis Abil menerusi Instagram Story.
Selepas meluahkan masalah itu di Instagram, Abil kemudiannya berkongsi tips-tips berguna yang diberikan peminat dan pengikutnya buat pengetahuan netizen yang lain.
Menurut Abil selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan daripada pendakwah bebas yang mendakwa seseorang itu boleh kehilangan jiwa atau roh sekiranya bersalaman dengan golongan selebriti.
Kenyataan tersebut nyata mendapat reaksi pelbagai daripada ramai.
Antara yang turut sama menyuarakan pandangan berhubung isu tersebut termasuklah penyanyi terkenal, Datuk Hattan.
Jelas Datuk Hattan, kenyataan tersebut seolah-olah memberikan perspektif buruk terhadap golongan artis.
“Kalau bersalaman dengan artis, katanya akan hilang roh. Hina betul pandangan dia pada artis ni. Sedapnya mulut bercakap.
“Kamu cakap artis ni standard entah apa-apa. Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke?,” katanya.
Malah, penyanyi lagu Biso Bonar ini turut menyifatkan golongan selebriti ini kebanyakkannya kurang gemar untuk berkongsi amalan mereka kepada umum.
“Artis ni sebenarnya tak suka menunjuk. Boleh kata 90% artis Malaysia ni, kebanyakkannya dah sampai ke Tanah Suci. Sama ada umrah atau haji.
“16 hari bulan ni, kumpulan Wings yang terkenal dengan rambut-rambut panjang kecuali Datuk Awie yang rambut dah pendek, satu grup akan pergi umrah.
“Dah rezeki mereka. Tengok diorang pergi mana, mereka bukan pergi London tapi umrah. Gitaris yang selalu iring saya, Ritz Metalasia, dia haji tu,” kongsinya lagi.
Hattan berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram.
Lantaran itu, Hattan turut menyeru kepada semua pihak untuk berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kalau kamu cakap bersalaman itu akan membuatkan kita batal air sembahyang atau salah kerana bukan muhrim, itu kita faham. Tapi bila cakap fasal hilang roh tu, macam hina sangat artis ni.
“Bercakap tu berfikirlah dulu. Nak tarbiahkan orang, kamu suami isteri pun sama sahaja. Ingat lebam dekat sini (dahi) guarantee syurga ke? Tolonglah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, nama pendakwah terbabit juga telah mendapat perhatian ramai selepas mendakwa suami yang membenarkan isteri dirawat oleh doktor lelaki ketika bersalin sebagai dayus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Hattan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Datin Rebecca Nur Al Islam meluahkan kesedihan gara-gara barangan kemas hadiah hantaran perkahwinannya berjenama Chopard hilang.
Tidak mahu menuduh, namun jelas wanita ini, hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.
“Assalamualaikum. Hari ini saya sedang sedih sangat tapi tak tahu bagaimana nak khabarkan. Sebagaimana yang dikongsikan di IG Story saya tadi, rantai dan gelang itu merupakan hantaran kahwin berjenama Chopard. Saya sayang sangat dan jarang memakainya.
“Saya simpan di atas almari mekap. Selain daripada suami dan saya ada akses ke bilik tidur, tiga pembantu rumah juga boleh masuk ke bilik tidur.
“Tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk adalah yang sentiasa mengemas bilik saya, dua orang sudah balik dan tinggal seorang dan akan balik pada bulan satu.
“Kalau dalam Islam, jika tidak nampak, kita tidak boleh menuduh. Namun saya sangat ralat dan sedih. Serba tidak kena dan rasa hendak menangis.
“Rasa seperti mimpi ngeri. Minta-minta Allah gantikan apa yang hilang dengan lebih baik.
“Mungkin jodoh saya dengan rantai dan gelang sampai di sini. Saya mengadu kepada suami dan suami minta saya reda dan berdoa banyak-banyak.
“Semua pembantu rumah saya mempunyai IG dan tahu saya amat menyayangi mereka. Saya tidak mahu menuduh, namun katakanlah antara ketiga-tiga pembantu rumah ini ada terambil. Bila buat salah, saya sentiasa memaafkan.
“Tapi tolong pulangkan. Ia adalah pemberian suami selama kami berkahwin 10 tahun. Semoga saya kuat,” luahnya dalam nada sebak.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan rasa syukur apabila sekali lagi tersenarai dalam ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims’ bagi edisi 2025.