Menerusi entri terkini IG TV di akaun Instagram milik pengacara Iesya Toh, ibu kepada dua cahaya mata ini ada berkongsi pendapat mengenai golongan tertentu yang seolah-olah ingkar ikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Menerusi satu video, Iesya turut meluahkan kesal dan sedih dengan sikap segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan amil mudah terhadap hal berkenaan.
“Hari ini saya nak tunjuk daripada rumah nak pergi ke tempat untuk beli barang dapur sangat dekat okey, sebab apa saya nak buat video ini saya peliklah tengok artis, personaliti tidak kiralah Instafamous sekali pun yang sibuk tunjuk dekat Instagram masing-masing, media sosial keluar dengan anak-anak jumpa keluarga yang lebih daripada 10KM dalam keadaan sekarang.
“Dalam tempoh PKP fasa ketiga ini sangat kritikal untuk negara kita. Bukannya main-main! Tolonglah tunjuk macam itu untuk apa? Untuk provokasi orang untuk keluar? Semua orang pun rindu keluarga.
“Kalau anda tunjuk macam tu untuk apa? Niat apa? Niat nak tunjuk yang anda boleh buat sebab orang lain tak boleh buat, macam tu ke?,” luahnya.
Eisya pada masa sama turut mendedahkan dia mampu untuk berbuat hal sama, bagaimanapun dia lebih rela patuhi arahan demi kebaikan bersama.
“Saya boleh guna saya punya kabel untuk saya keluar untuk saya jumpa mak saya di Rawang, kenapa saya tak buat?
“Sebab saya risau kalau saya buat orang lain pun rasa juga. Kenapalah semua artis macam ni eh? Buat malu Ya Allah Ya Rabbi Ya Rasul.,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Iesya berkata penularan wabak Covid-19 ini harus diambil sebagai satu masalah yang serius dan sarankan semua untuk mematuhi arahan.
Ini kerana, tiada siapa yang boleh ‘terlepas’ dari pandemik berbahaya itu.
“Semua orang tengah terkesan tengah beremosi jadi tolong tak ada sebab untuk kita langgar PKP. Anda siapa? Sekarang ni orang kaya mana pun tak boleh keluar.
“Orang yang kaya gila pun tak boleh terlindung dengan Covid-19. Menteri pun tak boleh ketepikan, hello saya menteri Covid-19 sila pergi, tidak!
“Tiada perkara sebegitu dalam dunia ini. Semua orang terkesan dengan Covid-19, yang nak tunjuk sangat keluar dengan anak-anak tu kenapa? Bila netizen komen anda kecam. Apa benda ni?
“Tengok saya punya rumah tadi dengan sini dah sampai dah pun. Tak ada perlulah nak keluar tanpa sebab, tak perlu! Siapa yang tak risau bertambah pula dengan keadaan Umi saya yang tak sihat?
“Tapi saya tak guna kabel saya untuk saya jumpa mak saya dan saya benci tengok orang-orang taka da tanggungjawab yang pentingkan diri sendiri. Sangat memalukan!,” luah Iesya panjang lebar menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.
Menerusi ruangan kapsyen pada video terlampir, Eisya turut bertanya, sama ada ia dilakukan untuk provokasi atau bagaimana.
“Yg segelintir artis/selebriti/instafamous sibuk tunjuk keluar dgn anak2, keluar lebih 10km, utk ape?
“PROVOKE MASYARAKAT?,” tanya Eisya.
Video: Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI