Money Not Enough 3 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip lebih RM13.86 juta selepas hampir dua minggu ditayangkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Dalam satu kenyataan, pengedarnya, Mega Films Distribution berkata, filem arahan sutradara hebat, Jack Neo itu juga menjadi naskhah paling berjaya di Singapura selepas era pandemik berlaku.
Tidak hanya di Singapura, Money Not Enough 3 juga mencipta rekod filem Tahun Baharu Cina paling berjaya di Malaysia selepas mula ditayangkan pada 10 Februari lalu.
Pengarahnya, Jack Neo dalam satu kenyataan berkata, dia berterima kasih kepada semua penonton dan peminat filem tersebut yang telah mengikuti perjalanan bersama sejak 1998.
Malah ia juga berterima kasih kepada semua ketua keluarga yang membawa anak-anak mereka menonton filem yang memberi pengajaran tentang kekeluargaa, duit dan persahabatan itu.
“Money Not Enough 3 bukan sekadar filem Tahun Baharu Cina. Filem ini berkongsi memori tentang persahabatan, kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.
“Saya akan terus bekerja keras untuk menghasilkan filem-filem yang lebih berkualiti dan berjaya,” ujarnya.
Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu membawa penonton menyoroti kisah hidup tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI