Selepas unggul di pawagam dan mencetuskan fenomena dalam industri perfileman tanah air pada tahun 2024, filem blockbuster Sheriff kini sudah boleh mulai ditonton di pawagam rumah anda menerusi Astro First di platform Astro dan sooka.   

Saksikan aksi bersahaja dan kebijaksaan Sheriff (Zul Ariffin) dalam menyelesaikan beberapa skandal dan salah laku yang berlaku dalam Unit Narkotik, Polis Di-Raja Malaysia.

Filem sarat aksi ini juga menyaksikan pertembungan epik diantara Sheriff dan tokan dadah Tony Ifrit (Datuk Aaron Aziz) selain misteri ‘Meth Killer’ (Syafiq Kyle) yang harus dirungkaikan kerana sering kali menggangu siasatan pihak polis.

Sheriff juga telah berjaya mencipta impak luar biasa apabila meraih jumlah kutipan RM64 juta sekali gus berada di kedudukan kedua filem terlaris sepanjang zaman di Malaysia.
Bukan setakat itu, magis filem arahan Syafiq Yusof ini juga berjaya mencipta 61 juta interaksi di seluruh platform media sosial yang ketika itu rata-ratanya mengalami #DemamSheriff.

Selain sukses di Malaysia, filem terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini juga turut meraih pujian saat ditayangkan di Hong Kong dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Pada masa sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan kualiti perfilemen negara menerusi filem Sheriff.

Istimewanya pada kali ini, menerusi Astro First, Sheriff menjadi antara filem pertama yang bukan sahaja boleh ditonton melaluiplatform Astro tetapi boleh juga dilanggan di platform penstriman sooka tanpa sebarang kontrak mahupun komitmen bulanan.

Sheriff boleh dilanggan pada harga serendah RM16.20 di platform Astro atau di sooka dengan harga RM 19.50 untuk dua hari tayangan tanpa henti.

Lebih membanggakan, dalam kurang masa seminggu tayangan di Astro First,  Sheriff terus mencipta impak apabila berjaya merekodkan jumlah langganan bernilai RM1 juta.

Pembelian di Astro boleh dibuat melalui saluran 480 atau di On Demand Store, manakala pembelian di Sooka boleh dibuat di sooka.my atau aplikasi Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI