‘Memartabatkan golongan wanita dalam sesebuah naskhah seni’, itu mesej utama yang hendak diperincikan menerusi filem terbaharu arahan Pali Yahya berjudul Renjana.
Filem yang membawa penonton ke zaman 1900-an itu mengisahkan hidup kaum wanita yang sering berhadapan dengan kesukaran dan cabaran dalam susur kehidupan mereka.
Membawa kelainan ke layar perak, Renjana membawa kisah guru wanita pertama di Tanah Melayu bernama Che Aminah di dalam perjuangannya membela anak bangsa.
Menurut penerbit Mache All Star United Sdn. Bhd., Norley Aimi Nadiah Shaari, setiap paparan yang dihidangkan dalam filem tersebut merupakan sebuah jalan cerita yang sangat unik untuk disajikan kepada penonton.
“Kami memberanikan diri menerbitkan naskhah klasik sebegini kerana mahu lari daripada kebiasaan atau cerita klise lain. Kami juga percaya cerita seperti ini mempunyai kelompok peminatnya sendiri.
“Kisah yang berlaku kepada golongan wanita pada zaman tersebut tidak diketahui ramai kerana kurang inisiatif untuk olahkannya menjadi sebuah karya seni. Selepas melakukan kajian dan pemerhatian, kami mengambil keputusan untuk angkat kisah berkenaan sebagai sebuah filem,” katanya.
Tambah Norley lagi, masyarakat sering didedahkan dengan kisah pejuang tanah air lain tetapi tidak ramai mengetahui tentang kehidupan Che Aminah yang merupakan guru wanita pertama di Tanah Melayu.
Ads
Renjana mengangkat kisah seorang wanita bernama Che Aminah dari Pulau Pinang yang dipandang ‘sial’ oleh penduduk kampung.
Berkahwin dengan Ramlee, dia dicurangi dan sebaik sahaja bercerai , dia bertemu Johan dan Che Aminah mula mendapat semangat baharu.
Dia kemudian belajar membaca dan menjadi guru wanita pertama di sebuah sekolah di Seberang Perak pada tahun 1900-an.
Antara pelakon yang terlibat dalam naskhah ini ialah Nabila Huda, Saharul Ridzuan, Fauzi Nawawi, Aida Aris dan Hasnul Rahmat.
Ads
Turut terlibat sama ialah Kodi Rasheed, Nadia Aqeelah, Zamarul Hisham, Mak Wan Latah, Sefik Khair dan pelakon kanak-kanak Dura Mitilda.
Norley menjelaskan, meski Renjana diambil inspirasi daripada kisah guru pertama itu namun ditambah dengan beberapa plot lain oleh penulis skrip, Adza Emi Adenan untuk menghidupkan jalan cerita.
“Tidak dinafikan memang banyak cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan naskhah ini terutama untuk mewujudkan kembali latar masa era 1900-an.
Ads
“Kita perlu membataskan pergerakan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan ketika itu namun kita mampu menyiapkan meskipun melalui beberapa kekangan.
“Kita berterima kasih kepada semua pelakon yang terlibat kerana mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan sehingga Renjana disiapkan,” tambahnya lagi.
Renjana sudah pun ditayangkan di Astro First (saluran 480) mulai 17 Mac lalu dan kini menerima reaksi baik penonton.
“Kita berharap penonton akan menyambut baik naskhah ini memandangkan ia muncul berbeza berbandingan dengan naskhah lain yang sedia ada.
“Kami berbesar hati sekiranya penonton dapat melanggan dan memberikan maklum balas kepada Renjana. Ini yang kami harapkan,” kata Norley lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan penyanyi Aina Abdul yang membuat kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH), malam ini mencuri perhatian warganet.
Aina bersama ‘glam team’ membuat kelainan dengan hadir menaiki lori lutsinar lalu turun di hadapan pintu utama Istana Budaya.
Lebih unik, Aina turut mengenakan baju blazer saiz gegasi berwarna merah rakaan Behati.
Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.
“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.
“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar.
“Bagi saya, ‘go big or go home’. Saya hanya mahu seronok sahaja untuk malam ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua yang bertanding,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya.
“Konsep bunga mawar bagi persalinan kedua pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.
“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti diketahui umum, jumlah kes melibatkan penularan wabak COVID-19 dilihat makin bertambah meskipun memasuki minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara tersebut ternyata mendatangkan kegusaran di hati banyak pihak termasuklah buat pelakon, Mia Ahmad.
Mia yang dijadualkan untuk bertemu dengan doktor bagi memeriksa keadaan terkini kandungannya meluahkan rasa bimbang untuk keluar dari rumah.
Esok nak pergi check up baby. Takut nak keluar. 😫. Doakan kita okay? 😢
Rasa bimbang tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pejaga gol pasukan Johor Darul Ta’azim, Izham Tarmizi di laman Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Mia turut terkenang akan keadaan para ibu yang bakal melahirkan anak tetapi belum sempat membuat sebarang persiapannya ekoran penularan wabak COVID-19 ini.
Kat NGO mana lagi yang kita boleh sedekah baju2 pre-loved baby and toys time pkp ni?
“Kat NGO mana lagi yang kita boleh sedekahkan baju-baju pre-love baby and toys time PKP ni?
“Banyak yang DM Mia diorang tak ada buat persiapan apa lagi nak deliver baby.
“Nak pergi beli tapi kedai tak buka dan tak boleh keluar.
Sementara itu, Mia turut memberi cadangan supaya para ibu membeli barangan persiapan bayi menerusi atas talian.
Banyak yg DM mia diorang tak ada buat persiapan apa lagi nak deliver baby. Nak pergi beli tp kedai tak buka and tak boleh keluar. Kesiannyaaa tapi kannnn, ada je babyshop yang masih jual barang2 dia online.
Pereka fesyen meningkat naik, Nik Aswat terharu apabila pertujukan fesyen pertama pertama yang disertainya bersama empat pereka lain mendapat liputan media di antarabangsa, baru-baru ini.
Mengambil inspirasi daripada filem Bollywood blockbuster, Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt, Nik Aswat mengakui dia mengambil sisi positif yang ada di dalam figura terbabit untuk diterjemahkan di dalam rekaannya.
“Sejujurnya saya terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya tak sangka fashion show pertama mendapat liputan media luar negara, terutamanya di India.
“Mungkin kerana inspirasi yang saya cuba paparkan menyebabkan ia menjadi bulan.
“Saya sangat terharu dan bangga kerana dapat mengangkat jenama Nik Aswat di peringkat antarabangsa. Saya gembira penggemar di Malaysia mula mempercayai jenama saya dan ia mula diperkatakan di luar negara,” katanya.
Mengambil masa dua bulan sebagai persiapan, Nik Aswat begitu teliti dalam menghasilkan koleksi untuk digayakan dalam pertunjukan fesyen sulung.
“Bermula dengan rekaan, perincian, persiapan dan sebagainya, saya memang memberikan usaha 100 peratus. Saya memang teliti. Saya juga buat kajian mengenai filem Bollywood terbabit.
“Impak liputan media antarabangsa, saya mendapat jemputan dari negara Nepal, India, Laos dan Indonesia untuk berkolaborasi. Semuanya masih dalam perbincangan tetapi ia mendapat respons positif.
“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan mahu lebih menempa nama dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Aswat yang memulakan kerjaya fesyen secara serius lebih dua tahun lalu berbesar hati apabila kini ramai yang mulai percaya dengan busana yang dihasilkan.
“Setakat ini saya bersyukur kerana rekaan turut mendapat kepercayaan dari kalangan pengasas produk yang terkenal, misalnya CheTa Pot Pet dan Mua Bella.
“Selain itu saya banyak ambil tempahan untuk busana perkahwinan, acara makan malam, persembahan dan sebagainya. ‘Market’ saya lebih cenderung di Utara Semenanjung,” katanya yang optimis untuk mengembangkan bakat rekaannya seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pencipta kandungan popular, Steven Wongso, kini sah bergelar seorang mualaf selepas melafazkan dua kalimah syahadah pada petang Ahad lalu, 23 Mac 2025.Momen...