Pengarah terkenal Syafiq Yusof enggan menyalahkan mana-mana pihak susulan kegagalan filem arahannya, Sheriff yang kurang mendapat sambutan dan terpaksa dihentikan tayangan lebih awal di Indonesia.

Menurut Syafiq, dia berharap semua pihak berhenti memainkan sentimen kebencian dengan mengatakan rakyat Indonesia tidak akan sesekali menonton filem-filem yang dihasilkan pengarah Malaysia.

“Filem Saya Jauh Ketinggalan,” – Sheriff Gagal Di Indonesia, Syafiq Yusof Seru Henti Main Sentimen Kebencian

“Sentimen yang mengatakan filem Sheriff tidak laku di Indonesia kerana mereka tidak sokong filem Malaysia adalah 100 peratus tidak benar.

“Kegagalan filem Sheriff di Indonesia adalah kegagalan saya sendiri. Tidak harus persalahkan sesiapa,” tulisnya.

Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh adik kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi X.

Ads

“Filem Saya Jauh Ketinggalan,” – Sheriff Gagal Di Indonesia, Syafiq Yusof Seru Henti Main Sentimen Kebencian “Filem Saya Jauh Ketinggalan,” – Sheriff Gagal Di Indonesia, Syafiq Yusof Seru Henti Main Sentimen Kebencian

Katanya lagi, dia juga akan memperbaiki mutu pengarahannya itu akan terus cuba menghasilkan karya terbaik.

“Filem Saya Jauh Ketinggalan,” – Sheriff Gagal Di Indonesia, Syafiq Yusof Seru Henti Main Sentimen Kebencian

“Rakyat Indonesia berhak untuk memilih filem yang mahu dipertonton. Saya akui filem Sheriff masih jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan filem-filem aksi Indonesia.

Ads

“Sekiranya sesebuah filem itu tidak laku di sesebuah tempat, itu bukan salah penonton tetapi salah pembikin,” ujarnya lagi.

Pada masa sama Syafiq turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dan telah membenarkan filem Sheriff ditayangkan di Indonesia.

“Filem Saya Jauh Ketinggalan,” – Sheriff Gagal Di Indonesia, Syafiq Yusof Seru Henti Main Sentimen Kebencian

Ads

“Saya yang harus bertanggungjawab atas kegagalan ini dan harus terus berusaha untuk memperbaiki kualiti filem saya di masa depan.

“Saya berterima kasih kepada negara Indonesia kerana memberi peluang untuk filem Sheriff ditayangkan di sana,” kongsinya lagi.

Terdahulu menerusi ciapan di aplikasi X, Syafiq reda apabila tayangan Sheriff di 100 pawagam di Indonesia diturunkan secara drastik selepas dilaporkan kurang mendapat sambutan sejak mula ditayangkan pada 23 Mei lalu.

Hal ini kemudiannya menjadi bertambah hangat bila ada segelintir pihak yang cuba memainkan isu ini untuk melaga-lagakan dua negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI