Susulan penarikan semula tayangan filem Strike: Silat Cult Master di pawagam susulan dakwaan isu gaji melibatkan kru, pelakon utamanya, Aiman Ameer berharap agar pihak terbabit dapat segera menyelesaikan segala perkara yang berbangkit.
Menurut Aiman, dia percaya semua kru dan para pelakon telah bekerja sepenuh hati demi menyiapkan naskhah berkenaan sebelum ini.
“Saya hanyalah barisan pelakon dan tidak mencampuri urusan produksi. Saya dengar mereka ada masalah gaji melibatkan kru. Jika ada perkara yang tidak adil, saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Para pekerja sudah berikan masa, tenaga dan wang ringgit. Namun, saya juga faham masalah yang dihadapi oleh pihak produksi. Hubungan kami masih baik.
“Saya nampak usaha mereka cuba untuk melunaskan gaji para kru. Mungkin mereka belum ada rezeki dan sumber kewangan itu masih kurang,” katanya kepada MH.
Ads
Juara Hero Remaja 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media kempen Ramadan Raya Astro yang berlangsung di The Ground, Petaling Jaya pada Khamis.
Pada masa sama, Aiman akui agak kecewa dengan situasi yang berlaku namun dia tetap merasakan segala yang terjadi ini punyai hikmah tersendiri.
“Sejujurnya saya memang sangat kecewa. Saya tertanya-tanya apakah dugaan dan dosa saya kali ini. Namun, bila saya fikir semula, saya tidak kesal.
Ads
“Saya terima tawaran filem ini sebaik sahaja menjadi juara Hero Remaja. Yang penting bagi saya adalah pengalaman itu. Saya memang sudah lama impikan untuk berlakon filem aksi,” kongsinya.
Akan Lebih Berhati-Hati Sebelum Terima Tawaran
Katanya lagi, dia juga akan lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran lakonan selepas ini.
“Ini pengajaran terbesar saya. Saya pun pendatang baharu dan saya bersyukur perkara ini terjadi sekarang dan bukan selepas 10 tahun saya dalam industri,” katanya.
Ads
Ditanya adakah dia akan kembali bekerjasama dengan pihak produksi yang sama, Aiman optimis segalanya boleh berubah.
“Insha-Allah. Manusia ini tidak pernah terlambat nak berubah melainkan mati. Mana tahu jika satu hari nanti mereka boleh jadi produksi yang lebih baik. Cuma mereka perlu profesional soal kewangan,” akhirinya.
Terdahulu, seluruh pawagam di negara ini diarahkan menundakan tayangan filem Strike: Silat Cult Master yang sepatutnya mula ditayangkan hari ini berikutan isu gagal membayar gaji.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata penangguhan dibuat berikutan pemilik syarikat produksi, Katana Film Sdn Bhd, Mallory Lee gagal membuat bayaran kepada kira-kira 50 kru termasuk pelakon filem berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Beby Toratora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie ada mendedahkan teks yang diberikan haters buatnya, menerusi Instagram.
Sambil menggunakan gaya bahasa yang kasar, mesej tersebut antara lain turut menggelarkan bintang Insta ini sebagai Babi Tunggal dan seorang selekeh dan sukar hamil kerana masalah kegemukan.
Memberi reaksi terhadap apa mesej tersebut di ruangan kapsyen, Atierah sendiri pelik apakah kesalahan yang dilakukan terhadap individu berkenaan hingga sanggup berkata sedemikian.
“Apa aku prnah buat dkat dia smpai dia kata mcmtu eh. klau dia prmpuan,tak takut ke smua jdi dkat dia balik. Kalau dia llaki ,tak takut ke klau benda tu jdi kat isteri dia .klau dia belom kahwin,tak takut ke boleh dpat dkat siapa2 yang dia syang.
“Aku memang gemuk ..tapi at least aku cuba jdi cntik untuk suami aku .tapi orang nampak ka ?dak pun kan ..klau nampak aku buat video mkn bnyak, tu rezeki aku dan rezeki orng lain juga ..klau aku usaha jaga bdan, perlu ka aku bgtau sluruh dunia apa usaha aku,” tulisnya.
Pada masa sama, Atierah turut memohon pengguna media sosial agar bertimbang dasa dan berbelas ihsan.
“Ampa yang benci aku ,kait family,kait suami aku, bertimbang rasa and berbelas ihsan la sesama manusia ..dunia ni makin lama makin kejam.
“Asal gemuk ja laki tinggal kan ?hampa tatau betapa ramainya orang yang badan besar ni usaha turunkan berat bdan,” kongsinya lagi sambil berpesan, ‘gemuk tak salah’.
Sementara itu, para pengikutnya memberikan kata semangat dan mengecam tindakam individu berkenaan yang dikatakan melampau dalam memberikan pandangan.
Malah, rakam artis seperti Noorkhiriah turut memberikan maklum balas terhadap perkongsian Atierah itu.
Untuk rekod, Atierah dan suaminya yang dikenali sebagai Apit Johari mendirikan rumah tangga pada 1 Mac lalu.
Foto: Instagram Beby Toratora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penganjur Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) memberikan kenyataan berhubung tindakan pelakon Shaheizy Sam yang tampil dengan beberapa rokok elektronik atau vape tergantung di lehernya ketika mengumumkan pemenang salah satu kategori di acara anugerah tahunan itu malam tadi.m
Di dalam kenyataan yang dikongsikan awal hari ini, pihak penganjur menjelaskan adalah menjadi peranan selebriti dalam memastikan apa sahaja yang dilakukan tidak mendatangkan persepsi tidak baik dan sebelum ini, mereka yang terlibat telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika dalam berpakaian.
“Semua artis telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian, bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABPBH, malah kepada semua penyampai anugerah.
“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekali gus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am,” katanya.
Menurutnya, bintang tersebut sepatutnya lebih peka dan menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton.
“Tidak kira apa alasan yang diberikan, Shaheizy Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali (ABPBH 2010, ABPBH 2012 dan ABPBH 2014) dan juga sebagai seorang artis berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah.
“Pihak penganjur sudah bekerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini mencalarkan kredibiliti ABPBH 33. Perkara ini adalah amat dikesali pihak penganjur,” katanya.
Terdahulu, Sam yang tampil mengenakan baju Melayu lengkap bersamping bersama beberapa vape tergantung di lehernya ketika mengumumkan pemenang anugerah tular sejak malam tadi lalu menerima reaksi pelbagai netizen.
Dalam perkembangan lain, ABP33 menyaksikan kemenangan penyanyi muda, Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan undian melebihi 22 juta undi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap, Lil J mendedahkan dia terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pantai Cenang, Langkawi ketika sedang bercuti di destinasi percutian itu pada Isnin.
Menurut Lil J atau nama sebenarnya, Viraj Raj, 22, insiden yang berlaku kira-kira jam 8.00 malam itu menyebabkan dia terpaksa menerima jahitan di beberapa bahagian anggota badan.
Memetik Harian Metro, motorsikal yang ditungganginya tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.
“Ketika saya memperlahankan motorsikal kerana terdapat bonggol di atas jalan, saya tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang hingga mengakibatkan bahagian dagu menerima 14 jahitan selain kaki kiri lapan jahitan dan lutut pula tiga jahitan.
“Ketika kejadian saya nampak darah keluar dengan banyak di bahagian muka sehingga saya pengsan di tempat kejadian. Namun, mujurlah ada dua kenalan yang mengenali saya datang membantu dan membawa saya ke hospital.
“Sebenarnya saya ke Pulau Langkawi seorang diri sejak Jumaat lalu. Tak sangka percutian saya berakhir dengan kemalangan. Saya bersyukur kerana tiada kecederaan yang serius berlaku dan ada yang mengenali saya ketika itu,” katanya.
Berikutan kemalangan yang berlaku, Lil J yang sudah pulang ke rumah sejak semalam sudah membuat laporan polis.
“Laporan polis sudah dibuat tapi saya tak boleh nak berkongsi maklumat terperinci kepada pihak polis kerana saya tidak melihat nombor pendaftaran kereta yang melanggar saya. Cuma, saya perasan kenderaan itu adalah jenis Toyata Innova.
“Sekarang ini saya sudah berada di rumah bersama keluarga. Sepatutnya, semalam saya membuat persembahan di sidang media Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021), tapi disebabkan insiden yang berlaku saya kena berehat dengan secukupnya.
“Saya juga terpaksa menolak beberapa tawaran nyanyian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya mungkin akan bercuti selama tiga minggu dan sekarang masih menahan kesakitan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto : Harian Metro, Instagram Lil J
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.