Kurang dua minggu sahaja lagi, pentas bola sepak paling berprestij Final Piala Malaysia, bakal menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT FC) menentang Sri Pahang FC.

Skuad Harimau Selatan mara ke final buat kali kelima berturut-turut, manakala skuad Tok Gajah kembali ke pentas final buat pertama kali sejak 2014.

Perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April depan, menjadi ulangan final edisi 2014, di mana ketika itu Pahang mengecewakan JDT menerusi sepakan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 dalam masa tambahan.

Persembahan Epik Sebelum Sepak Mula & Half Time Show!

Lebih istimewa, kejohanan edisi ke-98 ini dijangka lebih hangat apabila dua penyanyi legenda tanah air, Dato’ M. Nasir dan Ella, bakal membuat persembahan epik ketika acara pembukaan dan waktu rehat separuh masa.

Malah, penonton di stadium dan di rumah juga bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Dinda Diana sebelum sepak mula berlangsung.

Ads

Final Piala Malaysia Paling Epik, M. Nasir, Ella & Ramai Lagi Bakal Gegarkan Bukit Jalil Final Piala Malaysia Paling Epik, M. Nasir, Ella & Ramai Lagi Bakal Gegarkan Bukit Jalil

Reputasi cemerlang dua figura muzik negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, bersama deretan lagu ikonik malar segar yang pasti menaikkan semangat, seperti Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Standing In The Eyes Of The World dan Permata Biru!

Bakal menjanjikan persembahan luar biasa, ia juga dilihatmampu menyatukan ribuan penonton yang hadir, tanpa mengira sokongan pasukan.

Ads

Dengan aksi lincah pemain seperti Arif Aiman, Bergson Da Silva dan Azam Azih, disusuli pula persembahan istimewa daripada dua ikon muzik negara, sudah tentu ia menjadi momen paling bermakna di hati rakyat Malaysia.

Muzik & Bola Sepak ‘Bersatu’

Tidak dinafikan, muzik antara elemen universal yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang.

Kekuatan muzik bukan sahaja terletak pada melodi dan liriknya, tetapi pada kuasa emosi yang mampu mencetuskan rasa kebersamaan, misalnya menerusi lagu-lagu berjiwa patriotik.Final Piala Malaysia Paling Epik, M. Nasir, Ella & Ramai Lagi Bakal Gegarkan Bukit Jalil Final Piala Malaysia Paling Epik, M. Nasir, Ella & Ramai Lagi Bakal Gegarkan Bukit Jalil

Ads

Sorakan penonton di stadium bersama iringan muzik pasti memberi impak besar dan ia bukan sekadar hiburan, malah menjadi simbol semangat kesukanan dan solidariti sesama penyokong.

Jom sama-sama rasai kehangatan segenap ruang di SNBJ untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia bersama ‘show’ epik 2025!

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Anda juga boleh menikmati kemeriahan Final Piala Malaysia menerusi saluran Astro Arena (801) dan Astro Arena Bola (802,803) atau strim secara langsung melalui aplikasi sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Dato’ M. Nasir & Ella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI