Finalis Dewi Remaja 2015 Fify Azmi Dinobat Pelakon Wanita Harapan, Akui Yang Tercalon Semua ‘Power’ – “Ingatkan Mini Lana Akan Menang.”

Share

Pelakon Fify Azmi yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) lalu tidak menafikan Mimi Lana sebagai pesaing terdekatnya yang tercalon dalam kategori berkenaan.

Meski calon lain tidak kurang hebatnya, namun Fify atau nama sebenar, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, melihat kualiti lakonan yang dibawa Mimi menerusi filem Pusaka cukup baik.

“Saya memang ingatkan Mimi Lana akan menang kerana bagi saya, dia seorang pelakon yang sangat hebat dan layak untuk menerima anugerah ini.

“Dia juga dikenali dan berbakat. Saya suka caranya bawa diri dalam industri. Malah saya turut tonton Pusaka di pawagam. Suka dengan lakonan Mimi.

“Apapun, semua yang tercalon pun memang ‘power’. Jadi bila bawa pulang trofi ini, pada awalnya saya tidak percaya juga,” katanya sejurus sidang media FFM31 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Jumaat. 

Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid itu menerima anugerah tersebut menerusi filem Wira.

Atas kejayaan yang diraih, Fify turut menjadikan kemenangan tersebut sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus berkarya dalam industri seni.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH