Mulai meningkat naik namanya, finalis Hero Remaja 2020, Syameer Shauqeen atau nama komersialnya, Meerqeen mengakui menghargai peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan, meski dirinya masih lagi ‘hijau’ dalam dunia seni lakonan tempatan.
Jelas anak sulung daripada empat beradik ini lagi, dia sendiri tidak menyangka kehadirannya dalam bidang ini diterima baik, malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu bersua muka.
“Saya bukanlah siapa-siapa. Masih lagi baru dan sedang belajar. Cuma apabila sudah ada yang mulai kenal dan mahu bergambar, ia sekurang-kurangnya membuatkan saya rasa teruja dan dihargai sebenarnya.
“Tidak dinafikan, program Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Ria sebelum ini turut mendedahkan kami kepada peminat,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia pernah berdepan situasi pelik bersama peminat, bintang muda asal Kuala Lumpur ini cuba melayani mereka dengan sebaiknya.
“Lazimnya yang meminta untuk bergambar sama ialah perempuan, lelaki pun ada juga tapi tidaklah ramai.
“Setakat ini saya tidak lagi berdepan dengan peminat fanatik. Saya bukan siapa-siapa pun.
“Tapi bila nak ‘tangkap gambar’ bersama, ada yang macam ‘menggigil’. Seingat saya ketika itu, dia mahu gunakan aplikasi ‘boomerang’.
“Saya rasa mungkin hasilnya tak berapa cantik sebab bergegar. Tapi mungkin dia malu nak padam depan saya, jadi dia kongsikan juga di media sosial.
“Saya beritahunya, rakamlah balik. Tapi dia tak nak, mungkin segan agaknya.
“Malah sebelum ini saya ada niaga makanan dan lakukan proses penghantaran sendiri. Ada yang mengaku mereka beli makanan semata-mata nak jumpa saya saja.
“Memang kalau kita cerita, bunyinya macam kelakar, tapi ia sebenarnya cukup bermakna untuk diri saya. Tak ada kata yang boleh saya gambarkan.
“Bahkan rasa bersalah pun ada sebab mereka buat macam-macam,” akuinya lagi.
Dalam perkembangan lain, Meerqeen bersama empat lagi finalis lainnya iaitu Jabir, Nadhir, Haziq dan Umar bakal berentap di final Pencarian Hero Remaja 2020 yang bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Astro Go jam 9.00 malam.
https://www.instagram.com/p/CCIxBb_pBVN/
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat merisik, di dalam sebuah majlis ringkas yang dilangsungkan di Taiping, Perak, hari ini.
Perkara itu disahkan pengurus Mimi, Iman Tang dan majlis yang dihadiri kedua oleh belah keluarga itu di adakan secara secara tertutup.
“Hari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” katanya.
Iman bagaimanapun tidak dapat berkongsi butiran lanjut susulan dia tidak dapat bersama di majlis berkenaan.
Terdahulu Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak menerusi Instagram berkongsi beberapa keping bersama kekasihnya itu dengan menulis kapsyen;
“Counting days (tunggu masa). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin).”
Malah, Mimi, 28 juga memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin.
“One step closer (satu langkah ke hadapan), Insha-Allah. Alhamduillah,” tulisnya pula.
Foto yang dikongsi pantas menjadi sorotan peminat sekaligus memperlihatkan majlis berjalan lancar dan dipermudahkan.
MH sebelum ini melaporkan, Syafiq, 31, mendedahkan dia merancang menamatkan zaman bujang dalam tahun ini selain tidak menafikan sudah menghadiri kursus kahwin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sepupu Neelofa, Noor Cahaya ada meluahkan rasa terhadap situasi yang berlaku terhadap anaknya, Sameera atau Noor Sameera Mohd Nazlee yang telah disahkan positif COVID-19.
Baru mencecah usia kira-kira tujuh bulan, kanak-kanak comel itu menjadi pesakit paling muda positif COVID-19 setakat ini, sebagaimana yang dikongsi ibunya menerusi satu entri Instgram yang dikemas kini.
Sambil menyatakan rasa sayang dan sentiasa bersama-sama permata hatinya itu, Cahaya turut menjelaskan Sameera bagaimanapun tidak alami sebarang simptom.
“Oh my heart. I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough, we will fight this together sayang … mummy will always be here for you.
“Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough. she’s perfectly healthy.. unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon individu yang ada mengunjungi negara luar supaya menjarakkan diri dengan ahli keluarga selain melakukan ujian saringan.
“Dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier.
“Be safe everyone ! and stay home. Please keep my baby girl and my family in your Doa,” pohon Cahaya.
Terdahulu menerusi Berita Harian, Neelofa turut memohon orang ramai berdoa agar anak sepupunya itu segera sembuh.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai suatu hal yang bukan mudah, bekas hos MeleTop itu juga mengharapkan agar Cahaya kuat berdepan ujian.
“Saya harap sepupu saya kuat daripada segi mental dan emosi untuk berhadapan ujian ini. Bukan mudah untuk duduk berasingan dengan bayinya itu dan seorang lagi anaknya.
“Sudah tentu dia risau mengenai anak-anak. Tiada apa yang kita boleh buat selain berdoa.
“Berdoalah agar bayi ini sihat. Saya harap semua ini akan berakhir, tidak lama lagi,” katanya seperti yang dipetik.
Neelofa turut memberitahu, ujian terhadap ahli keluarga semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupunya itu.
Foto : Instagram Noor Cahaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah diucapkan buat pelakon, Sheera Iskandar yang telah pun selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz.
Majlis berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.
Memetik mStar, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.
Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.
Imbas kembali, Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun bercerai pada hujung 2018.
Difahamkan, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu mula mengenali suaminya ketika penggambaran Gerak Khas pada tahun 2019.
Turut hadir bagi meraikan pasangan raja sehari termasuk pelakon drama rantaian terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI