Susulan pendedahan seorang wanita mualaf yang difahamkan baru sahaja mendirikan rumah tangga, nama pempengaruh yang juga adik kepada selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan turut terkait.
Ini kerana, ada peminat yang menyangka dia dan lelaki berkenaan menjalinkan hubungan mesra, namun berkahwin dengan orang lain.
Menerusi perkongsian di TikTok @muffinchristy, lelaki tersebut didakwa mirip Yasir dan dilihat berkongsi beberapa momen bersama berlatarbelakangkan sebuah masjid di London.
Di dalam video sama, wanita itu juga ada menunjukkan cincin nikahnya sementara lelaki tersebut berpaling hingga wajahnya tidak dapat dilihat jelas.
“Finally made it halal Alhamdulillah,” tulis wanita terbabit pada ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen cuba untuk mengenalpasti wajah lelaki tersebut sekaligus mengaitkan hubungannya dengan Ameera.
“Tell me is that Yung Yasir? Bukan dengan Ameera Khan ke dia?,” komen netizen.
Bagaimanapun, ada yang membalas persoalan tersebut menyatakan Yasir dan Ameera sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan.
Malah ada juga yang mendedahkan lelaki tersebut juga sudah mengakui dia kini sudah pun bergelar suami.
Sehingga kini video berkenaan sudah pun ditonton hampir 700,000 kali disusuli ratusan komen yang ditinggalkan.
Dalam pada itu, menerusi video berasingan, wanita terbabit turut berkongsi kepada umum mengenai nama Islamnya sebagai saudara baru iaitu Naira.
@muffinchristy Replying to @lemmeslapyoouu ♬ original sound – christyyyyipp
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI