Kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak kelimanya, 19 Disember lalu, usahawan Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi sikap anak keempat, Yusoff Al Qardawi yang seakan-akan ‘cemburu’ dengan adik bongsu.
Bagaimanapun jelasnya lagi menerusi Instagram, anak lelakinya itu kini kian memahami dengan kehadiran orang baru di sisi, Raudhah Arshiyah.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah! First day je dia nampak baby dia nak keracak (cakar).
“Sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham, tapi jgn pgg baby lama2 sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan,” tulisnya.
Lalu, entri berkenaan turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen dan ada turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata seelum ini iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram DS Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI