Pengasas kosmetik jelita, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu tampil memberikan reaksi terhadap komen yang ditinggalkan menerusi aplikasi Tik Tok, baru-baru ini.
Ia susulan pandangan mengenai perhubungannya bersama permata hati andai selepas ini dia diberikan rezeki zuriat sendiri.
“Ayat ‘tapi itulah bila Madam mengandung, anak Madam tu dah jadi adik-beradik tiri.’ First, Madammu explain dulu, tiri atau tak tiri di mana salahnya?
“Madammu tahu tak semua orang boleh anak tiri, cucu tiri. Sebab itu Tuhan pilih siapa yang Dia nak bagi dugaan dan nikmat ni,” tulisnya.
Ads
Menerusi perkongsian yang menerima lebih 80,000 tontonan itu, penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu juga tidak melihatnya sebagai masalah jika dia memiliki anak sendiri.
“And last! Esok Madammu pregnant, anak dari rahim Madammu adalah adik beradik kandung dengan Zahara, Qally dan Ahmadhi. Mereka berbin/binti ayah yang sama.
Ads
“Bagi Madammu, tidak ada masalah pun jika Madammu mengandung. Sebagai seorang isteri yang ada suami dan Madammu pun muda lagi. Normallah jika Madammu mengandung.
“Nasihat Madammu, buanglah skeptikal ‘tiri’ tu. Ntah-ntah mereka berkasih sayang lebih rapat dari kita dan adik-beradik kita,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya sudah berusaha setakat termampu dengan kapasiti yang ada kepada masyarakat Sabak Bernam. Keputusan malam ini kita terserah kepada Allah.”
Demikian kata Datuk Seri Eizlan Yusof, yang juga calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertanding di P.092, Parlimen Sabak Bernam.
Menurut Eizlan, 51, dia sudah dua minggu berkampung demi menyantuni pengundi tempatan.
“Hampir semua isu yang telah dibangkitkan rakyat sudah didengari malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).
“Nawaitu saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja tapi andai tiada rezeki sekali pun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti NGO (Badan Bukan Kerajaan),” katanya.
Awal hari ini, Eizlan turut mengambil peluang bertemu dengan pengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sabak Bernam sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi di Setiawangsa pada tengahari.
Selesai sahaja proses ‘buang undi’, pelakon ini akan kembali ke Sabak Bernam pada sebelah petang untuk keputusan akhir yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak Sabak Bernam, malam ini.
Eizlan bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan; calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma’arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Syamsah Photography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang diketahui, penyanyi Aina Abdul lazimnya gemar menyanyikan lagu ‘cover version’ popular, seterusnya berkongsi bersama peminat di laman media sosial.
Baru-baru ini, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani ada memuat naik satu rakaman video ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua yang dipopularkan oleh Nabila Razali.
“Peluang Kedua @nabila.razali. Full video on my YouTube page AINA ABDUL.
“#malaysiancover #coverlagu #coversong #vocals #ainaabdul #ainations #peluangkedua,” tulisnya bersama beberapa tanda palang.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai.
Tidak kurang, ada juga yang seolah-olah menbandingkan nyanyian Aina di antara penyanyi asal menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Apapun, masing-masing mempunyai hak untuk memberikan pendapat dan pastinya juga, kedua bintang tersebut mempunyai keistimewaan sendiri.
Lain orang, lain pendapatnya. Betul tak?
Sekadar informasi, lirik video single terkini dari Nabila Razali itu sudah pun merekodkan lebih 5 juta tontonan di YouTube selepas dilancarkan pada 16 April lalu.
Tahniah buat Nabila dan produksinya!
Video: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Dayang Nurfaizah mendominasi dengan enam pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, 11 September depan.
Dayang tercalon menerusi album Belagu bagi kategori Kulit Single/Album Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi, Rakaman Album Terbaik serta dua kategori dalam Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Tudung Periuk dan Malam Ku Bermimpi).
Sementara itu, penyanyi Yonnyboii dan Ernie Zakri pula masing-masing tercalon dalam empat kategori iaitu Ernie tercalon menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Sinar Mata Hati), dua kategori dalam Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu bersama suaminya, Syamel dalam lagu Goodbye Hello dan Berakhirlah Pencarianku duet bersama Hafiz Suip.
Yonnyboii pula menerusi kategori Rakaman Album Terbaik (Deluxe Version), dua pencalonan dalam kategori Lagu R&B/ Hip Hop Terbaik (Tak Sangka & Orang Lain), serta kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim berkata, AIM23 menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan.
“RIM menerima jumlah yang memberangsangkan apabila menerima sebanyak 650 pencalonan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
“Ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan,” katanya kepada MH.
Rosmin ditemui pada majlis sidang media calon Top 5 AIM23 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Menurut Rosmin lagi, seramai 113 terbabit dalam penilaian dengan setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Diketuai Datuk Mokhzani Ismail, juri lain adalah Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Markuzi, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz dan ramai lagi.
“Proses penjurian dilakukan secara terperinci dan tiada unsur pilih kasih. Sekiranya juri mempunyai kepentingan dalam sesebuah kategori, mereka tidak akan dibenarkan duduk di kerusi berkenaan.
“Bagi penilaian kategori utama iaitu Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik, ia dilaksanakan pada 12 Ogos disusuli penjurian kategori lain yang berlangsung pada 15,16 dan 24 Ogos lalu,” katanya.
Sementara itu, arisan artis yang bakal membuat persembahan serta hos AIM23 akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penganjur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...