Rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) telah menyaksikan tiada penyingkiran, seterusnya kesemua 7 bintang berjaya mara ke pentas akhir, Ahad depan.

Bagaimanapun, para penonton sudah pasti mempunyai reaksi dan telahan sendiri mengenai persembahan bintang yang bersaing dalam pusingan semi final GV7.

Pengarah dan penerbit Michael Ang misalnya, ada memberikan pandangan terhadap persembahan kedua Noraniza Idris yang menyampaikan lagu Bollywood, Chaiyya Chaiyya nyanyian asal Sukhwinder Singh, Sapna Awasthi (petikan filem Dil Se).

Kongsi Michael menerusi laman media sosial Twitter, persembahan Noraniza padanya kurang memuaskan minggu ini.

Ads

“Omg my fav Hindustan songs Di bunuh dgn kejam oleh noraniza!!!!! Kenapa la nak pergi nyanyi Hindustan!!!

“First time dengar lagu Hindustan dgn suara sengau! Tak sedap lagu Hindustan bila suara sengau nyanyi! Sebab tu penyanyi Hindustan suara semua nyaring!,” tulisnya memberikan pendapat.

Ads

Selain Noraniza, Michael juga dilihat turut memberi reaksi terhadap persembahan beberapa bintang lain yang turut bertanding menerusi platform sama.

Terdahulu, markah Noraniza antara tiga terendah malam tadi iaitu sebanyak 55.10 peratus.

Ads

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Minggu ini, GV7 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Jay Jay dan Datuk Syafinaz Selamat sekali lagi diundang sebagai juri jemputan.

Foto: Twitter Michael Ang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI