Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid telah melakukan satu kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya, Mawar dilihat telah menghadiahkan seutas gelang dan sebentuk cincin emas kepada ibu mentuanya.
Turut sama meraikan momen istimewa itu ialah suaminya, Raf Yaakob.
“First time hadiahkan gelang emas kat ibu. Birthday surprise to ibu my MIL @rsd.umi.
“Sweet kan kitorang pakai baju sama dari @hijabista.hub (PART1) Part 2 kat reels Mawar. Tgk tau,” tulisnya.
Menurut Mawar, ini merupakan kejutan paling istimewa kepada ibu mentuanya setelah empat tahu mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap murni Mawar bersama ibu mentuanya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 4 bulan.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Naper Sayang Tak Kejut?” – Aksi Hairul Azreen Goreng Ayam Macam Baling Bom, Hanis Zalikha Kata…
Aksi menggoreng ayam seorang diri di dapur cukup mencuit hati. Dengan api besar dan minyak penuh seperiuk, Hairul Azreen dilihat mencampakkan ayam ke dalam periuk untuk digoreng sambil mengundur ke belakang.
“Ini sebab kenapa budak gym bila diet, makanan semua tak nak ada minyak, baru saya faham,” tulisnya.
View this post on InstagramIni sebab kenapa budak gym bila diet, makanan semua tak nak ada minyak, baru saya faham ?
A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on
Ditegur isteri, Hanis Zalikha mengapa tidak mengejutkannya. Balas Hairul, dia tidak mahu mengganggu si isteri.
“Naper sayang tak kejut.”
Aksi romantis pasangan ini buatkan netizen terharu.
Keletah hero Paskal ini menerima reaksi pelbagai netizen yang geli hati melihat apabila lelaki berada di dapur. Ada yang bercanda, ayam bukannya bom yang harus dicampakkan begitu.
Foto : Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Nikah Pada 19 Disember Ini Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” – Ikmal Amry Umum Tarikh Bakal Bergelar Suami Najla Shamsul
“Saya bertuah kerana tunang banyak membantu uruskan soal persiapan kahwin. Itu kata pelakon dan model, Ikmal Amry mengenai perkembangan dalam menjelang hari bahagianya tidak lama lagi.
Mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Najla Shamsul pada Hari Raya Ketiga lalu, finalis Hero Remaja sezaman Alif Muhaimin itu turut berkongsi tarikh mereka akan diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
“InsyaAllah kalau diizinkan, kami rancang untuk kahwin pada 19 Disember ini di kediaman pihak perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Sementara majlis belah saya akan dilangsungkan pada 27 Disember di Subang, Selangor.
“Kami hanya anjurkan dua majlis bersempena dengan hari bahagia kami, moga dipermudahkan,” jelasnya kepada MH.
Mengakui buat persiapan pada diri sendiri sebagai persediaan menjadi suami yang baik, bintang Puteri Yang Ditukar itu bertanya mengenai perkara tersebut kepada rakan yang sudah beristeri.
“Kalau nak dikongsikan mengenai persiapan saya untuk bergelar suami, ia banyak tertumpu daripada segi rohani.
“Misalnya, mulai ‘rajin’ sembahyang dan ingati kembali apa yang pernah dipelajari sebelum ini ketika mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz, bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan sebagainya.
“Soal kewangan kami bila berkahwin nanti, saya tidak terlalu risau kerana saya percaya, Dia akan tolong umatNya yang mahu melakukan kebaikan.
“Cuma saya lebih ‘risaukan’ soal diri saya. Bukan senang untuk ambil amanah menjaga anak orang.
“Pada masa sama, saya juga ada bertanya dengan rakan-rakan yang sudah pun berumah tangga.
“Minta pandangan mereka bagaimana cara hidup selepas kahwin, persiapan, cabaran dan macam-macam lagi.
“Ada yang memberikan nasihat untuk terokai juga dunia lain selain hanya berlakon semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Najla yang juga bintang media sosial menyifatkan Ikmal sebagai lelaki yang serasi dengan kedua ibu bapanya.
“Ikmal Amry seorang lelaki yang baik, suka tolong orang dan senang bergaul dengan ibu bapa saya. Mereka rapat dan itu membuatkan saya tertarik dengannya,” akuinya.
Ditanya mengenai kerisauannya terhadap persepsi populariti mulai menurun selepas bergelar suami orang, bintang berusia 26 tahun ini mempunyai pandangannya sendiri.
“Jujurnya saya merasakan diri saya kian dikenali sejak mula timbul kisah saya yang mahu berkahwin.
“Banyak tawaran lakonan yang datang, termasuk dua filem yang akan mulakan penggambaran Oktober depan.
“Rezeki itu datang daripada Allah SWT. Jadi saya tidak perlu risau soal saham akan jatuh bila sudah berkahwin.
“Bahkan kalau kita lihat, pelakon yang meningkat naik namanya pun kebanyakannya di kalangan mereka yang sudah berumah tangga.
“Saya rasalah, lagi keinginan saya untuk berkahwin, makin banyak rezeki yang Allah curahkan.
“Memang kita tidak tahu apa yang akan beraku bila kami sudah berkahwin dan sebagainya. Apa pun, saya percaya kepada rezeki,” akhirinya.
Terdahulu, Ikmal ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukit Aman Siasat Siapa Membantu Nur Sajat, Kini Dikenali Sebagai Bella Pula?
Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu pengasas kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sehingga dia berjaya meloloskan diri ke Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memetik Harian Metro berkata, jika benar terdapat maklumat mengatakan dia dibantu individu bagi membolehkan dirinya berjaya bolos hingga ke Thailand, pihak polis akan menjalankan siasatan.
Menurutnya, siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi.
“Kita tidak mahu lagi kejadian yang berlaku kepada Nur Sajat yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi.
“Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
Abd Jalil berkata, walau sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga seperti yang berlaku ke atas Nur Sajat.
“Dia sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas akta imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
“Mereka sedang berusaha membolehkan dia (Nur Sajat) dianggap pelarian di Thailand,” katanya.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama pihak Kementerian Luar Negeri dan pejabat Peguam Negara untuk proses membawa pulang Nur Sajat.
“Terpulang kepada pihak berkenaan memberi kuasa kepada kita bagi membolehkan dibawa pulang melalui proses undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
“Kita nasihatkan dia kalau dia dengar berita ini kita minta dia pulang dengan cara baik untuk berhadapan kes yang perlu dilaluinya,” katanya.
Terdahulu, akhbar sama melaporkan, misteri ‘kehilangan’ usahawan tersebut kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Untuk rekod, Nur Sajat, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).
Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
Bagaimanapun, dia kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.
Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, bagaimana penyamaran dilakukan usahawan kosmetik itu yang mengenakan purdah dan niqab serta membayar RM20,000 kepada seorang lelaki untuk diseludup keluar dari Malaysia.
Lelaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajat menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.
Nur Sajat kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.
Dia yang pernah muncul menerusi single, Makhluk Penggoda itu difahamkan turut menggunakan nama popular terbaharunya, Bella.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI