Pasangan pempengaruh, Dahlia Rizal dan Imran Aqil mengakui mereka teruja untuk sama-sama menyambut Ramadan sebagai suami isteri buat kali yang pertama.

Sebagai isteri, Dahlia mendedahkan  dia sudah membuat persiapan dari segi mental selain mencari resipi untuk bersahur.

“Saya dah cari resepi untuk nak bangun sahur tapi saya tak tahu jika saya boleh bangun atau tidak. Hari tu ada cuba ganti sahur tapi tertinggal pula.

“Jadi persediaannya saya kena bersedia mindset, mencari resepi untuk saya dan juga Imran supaya boleh masak bersama,” katanya, lapor Gempak.

Ads

‘First Time’ Sambut Puasa Sebagai Suami Isteri; Dahlia Rizal Cari Resipi Sahur & Imran Aqil Tak Sabar Nak Tarawih Bersama ‘First Time’ Sambut Puasa Sebagai Suami Isteri; Dahlia Rizal Cari Resipi Sahur & Imran Aqil Tak Sabar Nak Tarawih Bersama ‘First Time’ Sambut Puasa Sebagai Suami Isteri; Dahlia Rizal Cari Resipi Sahur & Imran Aqil Tak Sabar Nak Tarawih Bersama

Senada dengan Dahlia, Imran juga menyatakan rasa tidak sabar untuk melakukan ibadah seperti solat sunat tarawih bersama isteri.

Ads

“Persediaan untuk puasa bagi saya pula, saya lebih banyak membeli pakaian seperti kurta untuk saya dan abaya untuk dia.

“Sebab mahu dipakai ketika bertarawih dan kami sangat teruja untuk melalui ramadan sebagai suami isteri bersama,” katanya lagi.

Ads

Terdahulu, pasangan ini telah dilantik sebagai duta jenama tempatan popular, Leeyanarahman.

Untuk rekod, Imran dah Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun bertunang.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI