Pelakon dan penyanyi, Fiza Thomas selamat bergelar isteri kepada kerabat Kelantan, Tengku Mohamad Faris Tengku Mohamad Ismail, 26, pada 17 Julai lalu selepas empat tahun menyulam cinta.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman keluarga Fiza atau nama sebenarnya, Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 29, di Sandakan, Sabah.
Fiza menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas manakala wang hantaran dirahsiakan.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka, Fiza berkata dia sudah mengenali suaminya sejak tujuh tahun lalu namun hanya mulai rapat ketika sama-sama terlibat menjayakan teater muzikal Ola Bola pada 2018.
“Alhamdulillah, semua majlis yang dirancang sudah selesai berlangsung. Saya memang mengenali suami sejak tujuh tahun lalu dan hanya mula rapat sejak sama-sama terlibat dalam pementasan teater muzikal Ola Bola pada tahun 2018.
“Dia seorang penari dan juga sekarang terlibat dengan kerja-kerja pengarahan untuk muzik video serta drama-drama tempatan,” katanya ketika dihubungi MH.
Ads
Belum sempat merancang bulan madu memandangkan jadual kerjanya penuh sehingga bulan Oktober, Fiza bagaimanapun berharap dia dapat ke Jepun bersama suami.
“Saya dah lama nak pergi Jepun, tapi itulah sekarang tiada masa lagi nak selit sampai bulan Oktober jadual saya full. Lepas selesai semua kerja baru baru saya akan fikirkan rancangan bulan madu.
Ads
“Bercakap mengenai perancangan anak pula, saya impikan empat orang anak, just nice bagi saya,” katanya lagi.
Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini juga berkata dia akan terus bergiat aktif dalam bidang seni walaupun selepas bergelar isteri.
Ads
“Suami saya pun orang dalam industri, jadi dia sangat memahami dan beri keizinan untuk saya terus bekerja. Cuma saya sendiri kena tahu jaga batas-batas sebagai seorang isteri,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pasangan berkenaan telah diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang diadakan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor pada malam Khamis.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pasangan mempelai ini ialah, Zizi Kirana, Zarul Umbrella, Isyariana, Ara Johari, Sophia De Fam, Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fiza Thomas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan tudung, Mawar Karim baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada 5 Jun lalu.
Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu tunggal beranak satu ini turut berkongsi foto serta video pendek sekitar sambutan hari jadi yang disambutnya secara sederhana bersama puteri tunggalnya, Wan Maryam.
“Thank you all for the Birthday Wishes. I am so touched Abd thankful to be blessed by such awesome famili,friends,& u guys.
“Sejak ada Maryam ni rasa tak pernah celebrate birthday sendiri dh. Rasa tua dh,” tulisnya pada satu entri terkini di Instagram.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, ada juga rakan artis dan peminat yang keliru mengenai keraian berkenaan kerana menyangka ia merupakan sambutan hari jadi Maryam.
Mawar secara seloroh ada meninggalkan reaksi, menyatakan ia sebenarnya merupakan sambutan hari hari lahirnya.
Terdahulu, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fizo Omar pada November 2013.
Namun, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata ini mengambil keputusan untuk berpisah, seterusnya membawa haluan masing-masing pada Julai 2020.
Penerbit yang juga rakan baik Zul Ariffin, Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan tindakan mengaku bersalah oleh aktor berkenaan ketika didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial sebagai matang dan bertanggungjawab.
Menurut Gayatri, keberadaannya menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, pagi tadi juga adalah bagi memberi sokongan kepada aktor tersebut.
“Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem dia memberi kerjasama yang baik.
“Malah dia juga sangat ‘supportive’ dalam membantu mempromosikan setiap karya yang dibintangi.
“Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul hari ini adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu,” katanya.
Ditanya sama ada Zul ada berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi susulan kes yang sebelum ini mencetuskan tular, Gayatri menjelaskan soalan itu harus ditanyakan kepada empunya badan.
“Pandangan saya setiap individu yang berdepan masalah pasti akan mengalami tekanan,” katanya.
Terdahulu, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.
Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.
Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf, Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!