Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di Cenderawasih, Pekan sejak awal Ramadan lalu.

Tersentuh dengan kesungguhan mereka, Fizie bersama isteri dan ibu mertuanya turun padang melawat lokasi kejadian sambil membawa juadah berbuka puasa untuk kira-kira 150 anggota bomba dan sukarelawan yang bertugas.

“Saya terfikir dalam kita semua sibuk di bazar Ramadan dan bersama keluarga, tapi abang-abang bomba ini semua bertungkus-lumus berusaha memadam kebakaran.

“Bayangkan dalam keadaan panas dan bulan puasa mereka tetap komited meneruskan operasi sejak 2 Mac, bagi saya bukan satu kerja mudah.

“Saya memang tergerak hati dan ajak isteri serta ibu mertua untuk turun sendiri ke lokasi untuk memberikan sedikit penghargaan dan tanda sokongan kepada usaha mereka,” katanya.

Ads

Setulus Kasih Ramadan

Sebagai duta Mammy Mineral Essence, Fizie turut ditemani pengasas produk, Hasmah Mohamad, serta isterinya, Fatin Syarmimi Izzati Mohd Idris. Mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota bomba di lokasi kebakaran.

Kunjungan itu juga merupakan sebahagian daripada program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang, di bawah seliaan pengerusinya, Suraya Jusoh.

Pengarah Bomba Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, yang turut berada di lokasi, mengucapkan terima kasih kepada Fizie atas keprihatinannya terhadap anggota bomba yang bertugas.

Ads

“Di kawasan ini saja seramai kira-kira 123 anggota dari Balai Zon 1 Kuantan ditugaskan setiap hari, bersama sukarelawan Jabatan Hutan. Kami sentiasa memantau keadaan kebakaran supaya tidak merebak.

“Kami berterima kasih atas kehadiran Fizie dan Puan Hasmah yang sudi melawat kami dan berkongsi rezeki berbuka puasa. Ini sedikit sebanyak menceriakan anggota bertugas,” katanya lagi.

Fizie Turun Pekan, Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan – “Dalam Keadaan Panas & Puasa, Bukan Kerja Mudah.” Fizie Turun Pekan, Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan – “Dalam Keadaan Panas & Puasa, Bukan Kerja Mudah.” Fizie Turun Pekan, Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan – “Dalam Keadaan Panas & Puasa, Bukan Kerja Mudah.” Fizie Turun Pekan, Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan – “Dalam Keadaan Panas & Puasa, Bukan Kerja Mudah.”

Ads

Tanda Sokongan

Sementara itu, Hasmah atau lebih mesra disapa Mammy, turut menyatakan rasa terharu melihat anggota bomba yang tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga mereka.

“Bila Fizie cadangkan, Mammy terus setuju sebab memang Mammy nak jumpa sendiri dan ucap terima kasih kepada semua anggota bomba.

“Mammy gembira sebab dapat kongsi sedikit rezeki dan beri anggota bomba cuba sendiri kebaikan produk Mammy Mineral Essence, iaitu minuman kesihatan,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI