Menitipkan doa buat anak tunggalnya, Wan Maryam, Fizo Omar berkongsi detik-detik berharga dua beranak ini meluangkan masa.
Merakamkan keletah Maryam saat mengenalpasti anggota bahagian wajah, pelakon ini memohon agar anaknya membesar menjadi gadis solehah.
Walaupun tidak lagi bersama sebagai keluarga sempurna, namun luahnya, kasih sayang yang diberikan daripada dia dan bekas isteri, Mawar tidak pernah berkurangan.
“Ya Allah Ya Tuhanku…
“Jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sbgai seorang anak yg solehah, taat kpd ibu dan bapanya.
“Anak yg bijak, yg suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat.Semoga dgn dugaan dari Allah buat daddy n mummy memberi hikmah kpd anak ini membesar dgn penuh kasih sayang dan didikan yg akan membawa daddy n mummy ke syurga Firdaus.
“Kasih syg dari daddy n mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insyallah semoga hubungan silaturrahim daddy n mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Semoga Allah makbulkan doa kami…Ameen YRA,” luahnya.
Netizen turut mendoakan kebahagiaan keluarga ini dan mengharap agar ada sinar untuk kedua-duanya bersatu kembali sebagai suami isteri.
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI