Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelakon dan ushawan, Fizo Omar telah melafazkan cerai talak satu dengan isterinya, Mawar Abdul Karim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, hari ini.

Lafaz cerai dibuat Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizol Wan Omar, 33, di hadapan hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan lebih kurang jam 10.55 pagi tadi dalam satu prosiding sebutan.

Permohonan cerai dibuat usahawan yang sinonim disapa Mawar Karim, 30, selaku plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

IKLAN

Fizo yang juga merupakan pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2007/08 dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Terdahulu, Mawar didakwa sudah menemui peguam terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

IKLAN

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.

IKLAN

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

https://www.instagram.com/p/Bzt-Lf-n5UA/?igshid=1a68g0bgn6hp7

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI