Industri hiburan tanah air bersedih semalam dengan pemergian pelakon senior, Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun.
Kehilangannya bukan sahaja dirasai anak-anak serta kaum keluarga, sebaliknya ia turut ditangisi oleh rakan-rakan dalam industri hiburan yang mengenali rapat dengan diri Allahyarham.
Antaranya ialah pelakon Fizo Omar yang cukup terhutang budi dengan arwah yang banyak membantunya ketika di awal kemunculannya dalam bidang seni.
“Agak lama tidak berjumpa dengan my brother ni, Ya Allah terkejut bila dapat tahu dia dah tiada pagi ni (semalam).
“Masa awal-awal Abg Joe (Fizo) berlakon 15 tahun lepas, abang Ridzuan ni la selalu tolong recommend kepada produser dan offer job kepata kami, budak-budak baru masa itu,” tulisnya di ruangan kapsyen menerusi satu muat naiknya di laman Instagram.
Dalam perkongsian itu juga, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mengenang Allahyarham antara pelakon senior yang tidak pernah kisah akan statusnya sebagai orang yang dikenali ramai dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja.
“Seorang yang senior dan nama besar dalam industri tapi dia sangat humble dan low profile.
“Macam tak percaya masa first time jumpa dia dulu, cara dia macam dia ni bukan star, yang boleh borak-borak, lepak warung dan bercampur dengan semua orang. Tak pernah dia nak pegang status siapa dia.
Ads
“Saya doakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga segala kebaikan arwah terus mengalir dan memberi barakah dan kebaikan kepada anak cucunya.
“Perginya seorang anak seni yang banyak jasanya kepada industri hiburan tanah air kita.. Al-Fatihah,” tulis Fizo lagi.
Ads
Terdahulu, berita pemergian aktor yang dikenali dengan watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon dan pengacara, Didie Alias menerusi laman sosial Instagram miliknya pada kira-kira jam 2.50 petang Khamis.
Allahyarham Ridzuan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Pengasas produk kecantikan jenama ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, mengemukakan saman RM1 juta terhadap bekas ejen yang didakwa memfitnah dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Tindakan tegas itu diambil bagi membersihkan nama baiknya termasuk pengurusan ESW, kerana berpendapat fitnah adalah satu perbuatan berat dan tidak boleh dipandang remeh.
“Fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah reputasi syarikat secara keseluruhannya.
“Tempias ini turut dirasai ejen ESW yang mahu mencari rezeki tetapi kerana fitnah ‘periuk nasi’ mereka terjejas,” katanya.
Diwakili peguam, Hussin Othman dari syarikat guaman Hussin Othman& Co, ahli perniagaan berusia 27 tahun itu menjelaskan,isu berkenaan timbul sekitar April 2020 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (PKP 1.0).
“Jualan mendadak naik, namun kekangan mendapatkan bekalan produk dari kilang, disebabkan pelaksanan PKP 1.0 yang ketat, menjadi punca utama fitnah ini berlaku.
“Apabila bekalan produk tidak mencukupi dan tidak boleh diproduksikan oleh kilang kerana PKP, saya dan syarikat dituduh makan duit ejen selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.
“Peliknya semua ini disebarkan menerusi ruangan whatsapp tanpa bertanyakan secara empat mata atau menulis aduan kepada saya untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya yang mempunyai sebanyak 20,000 ejen.
Difahamkan kes ini masih lagi berjalan, dan perbicaraan yang kedua akan bersambung pada September depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies kecewa dengan sikap segelintir pihak yang membuat spekulasi tidak berasas mengenai hantarannya di media sosial sebentar tadi.
Menurut Ruhainies, keberadaannya bersama pelakon, Aliff Aziz di lapangan terbang yang dilihat seakan bakal berangkat ke Tanah Suci, Mekah hanyalah salah satu daripada penggambaran babak drama terbaharu yang dibintangi mereka.
“Saya memuat naik satu hantaran di Instagram Stories tak sampai 15 minit tapi video itu sudah viral di Tik Tok, Instagram, Facebook dan sebagainya.
“Itu menunjukkan betapa teruknya mentaliti kita,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Tambah Ruhainies, ada yang kini lebih mudah mempercayai apa yang mereka lihat di media sosial berbanding mencari kesahihan sesuatu berita.
“Fikiran anda penuh dengan negativiti.
Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting). Ini menunjukkan dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah.
“Dan terlalu banyak berita palsu yang mudah media gula gulakan kepada netizen tanpa unsur periksa demi mengejar tontonan.
“Kru ada di mana-mana dengan walkie talkie dan semua orang pun tahu kami masing dalam pengambaran drama.
Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering. Jaga lidah, jaga lisan,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Ruhainies berharap agar mentaliti seperti ini dapat diubah supaya kita dapat menjadi manusia yang lebih baik.
“Hari Jumaat ini dan di bulan Ramadan. Muhasabah. Pesanan pada diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada anda juga. Amin,” akhirinya.
Sebentar tadi, tular di media sosial satu potongak video yang memaparkan Aliff dan Ruhainies sedang berada di lapangan terbang.
Kedua-dua mereka dilihat mengenakan sepersalinan putih sambil menadah tangan membacakan doa.
Rata-rata netizen membuat spekulasi, menbayangkan mereka mahu berangkat untuk menunaikan umrah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ruhainies.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan hos, Elly Mazlein menggalakkan para ibu mengandung supaya mengambil suntikan vaksin sebagai ikhtiar mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Elly,41, yang kini sarat hamil enam bulan menjelaskan, dia sendiri sudah pun selesai menerima doa kedua pada 30 Julai lalu.
“Kesayangan mama mengandung, jom ambil vaksin. Kak Lina sudah selesai dua dos pada 30 Julai. Kita usaha untuk diri sendiri dan orang tersayang.
“Ajal maut di tangan Allah, kita hanya mampu usaha,” tulisnya dalam satu perkongsian di Instagram.
Dia pada masa sama turut meminta kepada para wanita hamil yang sudah menerima vaksin upaya berkongsikan pengalaman pada ruangan komen.
“Wahai mama-mama mengandung yang sudah ambil vaksin, sila lapor diri di ruang komen ya. Jom kita usaha galakkan mama-mama hamil yang lain ambil vaksin,” tulisnya lagi.
Pemergian penyanyi Korea Selatan, Wheesung, pada awal bulan ini nyata mengejutkan industri hiburan dan para peminat di seluruh dunia.Terbaru, pihak polis yang menyiasat kes...