Uncategorized

F&N Seasons Lancar Wajah Baru, Ini 5 Sebab Anda Patut Dapatkannya

Share

Dengar Cerita F&N seasons sudah berwajah baharu? OMG! Terujanya MH nak cuba sembilan perisa yang dilancarkan oleh F&N seasons ni. Kini dah berada di kedai pun!

Untuk tambahkan keterujaan korang, meh MH kongsikan 5 sebab wajib korang patut try sembilan minuman popular mereka.

Ada Teh Lemon Ais, Teh Pic Ais, Teh Epal Ais, Teh Hijau Jasmin, Krisantimun, Cincau, Teh Kundur, Sengkuang Cina dan Susu Soya.

 

1.Resepi Turun temurun

Mimuman tersebut masih mengekalkan resipi turun temurun yang mengunakan bahan semula jadi untuk menghasilkan rasa Asia yang tersendiri tau.

2.Tiada bahan pengawet

Kesemua minuman ni tiada bahan pengawet dan diformulasikan khas untuk kebaikan badan dan minda. Sesuai bagi sesiapa yang menitikberat kesihatan.

3.Cukup Menyegarkan

Korang tahu tak kesegaran rasa dan kebaikan yang ada pada F&N seasons bakal menambat hati pengguna baru dan lama. Sesuatu yang hebat untuk dikongsi bersama keluarga ataupun kawan.

4. Wajah baru yang menarik

Logo dan bungkusan semuanya tampil wajah baru yang cukup menarik. Sayang pula nak buang tin tu.

5.Murah!

Boleh didapati di semua pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit di seluruh negara ye. Dan paling penting sangat berpatutan, hanya RM1.40 setin!

Haaa, rasanya nak tulis satu-satu sampai esok pun tak habis. Apa lagi jom la rasa sendiri kenikmatan sembilan wajah baharu minuman sihat ni.

Published by
Wani Arifin