Penyampai radio dan instafamous, Jaa Suzuran terpaksa bersaing bersama sembilan lagi instafamous luar dari pelbagai dalam pertandingan The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City, Kuala Lumpur.
Jaa yang mempunyai 1.2 juta pengikut di instagram sebenarnya fobia kepada air dan tempat tinggi.
Bagaimanapun, dia sanggup mencabar dirinya demi mengharumkan nama negara.
Selain Jaa Suzuran mewakili Malaysia, instafamous lain yang terlibat sebagai peserta adalah Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India), Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura).
Sementara Ironbull pula mewakili Taiwan, SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghaleb (Mesir).
Antara aktiviti mencabar yang akan dilalui mereka lain adalah cabaran gelongsor air terbesar dunia di Sunway Lagoon iaitu Vuvuzela dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid.
Kata Jaa, dia akan cuba melawan rasa fobia dan cuba memberikan yang terbaik.
“Sebagai satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia, saya akan lalui cabaran tersebut sebaik mungkin demi mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Walaupun saya fobia kepada air dan tempat tinggi, saya sanggup mencabar diri kerana mahu melakukan yang terbaik buat Malaysia.
“Bagi saya, setiap orang khususnya selebriti mempunyai cara tersendiri dalam mempromosikan negara kita. Ini peluang saya bawa nama Malaysia ke peringkat Asia,” kongsinya penuh semangat.
Pada masa sama, cabaran The Amazing Sunway City Challenge di Sunway City ini juga antara cara adalah bagi menarik pelancong luar datang ke Malaysia.
“Saya akui para peserta lain hebat belaka. Selain mempunyai pengaruh tersendiri mereka juga kreatif dalam apa jua yang dilakukan.
“Soal kalah atau menang, itu normal cuma siapa yang tidak mahu menangkan? Apapun, saya cuba lakukan yang terbaik, insyaAllah,” kongsi Jaa.
Yang pasti, individu popular menerusi media sosial yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan ini akan bertanding dalam aktiviti di sekitar Sunway City bagi memenangi mata Sunway Pals bernilai RM25,000 serta sebuah telefon Samsung Galaxy Note 9.
Peminat juga boleh mengikutinya menerusi empat episod web yang akan ditayangkan pada Februari 2019.
Program ini akan ditayangkan di laman Web rasmi SAYS.com, IDN Times, ET today, Line.tv, LUVE, serta platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.
Dalam perkembangan lain, Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 24, akan muncul dalam filem Autumn In Wales di samping Eyka Farhana. All the best!