Sudah pun ditayangkan di negara ini sejak 15 Ogos lalu, filem seram Makmum nyata menjadi buat mulut pencinta filem seram.

Meski wujud reviu pelbagai di kalangan peminat filem tempatan, namun ramai juga yang masih tidak mahu lepas peluang untuk merasai pengalaman seram menerusi filem lakinam Titi Kamal, Bianca Hello, Tissa Biani, dan Adila Fitri ini.

Bagi yang sudah dan belum menonton, kami senaraikan beberapa informasi penting mengenai Makmum.

Makmum diadaptasi dari filem pendek dengan mengambil judul sama, karya Riza Pahlevi. Film pendek yang dihasilkan lebih tiga tahun lalu itu turut dimuat naik di YouTube dan sehingga kini, ia sudah pun mencecah kira-kira 19 juta tontonan!

Serentak dengan kelainan jalan cerita dan garapannya, versi pendek filem tersebut turut meraih penghargaan menerusi kategori Best Horor di HelloFest 2016, Direction Special Mention dalam The Crappy International Movies in Sueca di Spanyol 2016, dan Best Ideas Film and Audience’s Favorit di Salatiga Film Festival 2017.

Fobia Solat Dalam Gelap? Sebelum Tonton Filem Makmum, Pastikan Baca Informasinya Dulu! Fobia Solat Dalam Gelap? Sebelum Tonton Filem Makmum, Pastikan Baca Informasinya Dulu!

IKLAN

Jika sebelum ini pelakon utamanya, Titi Kamal sinonim menerusi naskhah yang romantis seperti Ada Apa dengan Cinta dan Eiffel I’m in Love. Namun, Makmum menjadi percubaan pertamanya terlibat menerusi filem seram.

Fobia Solat Dalam Gelap? Sebelum Tonton Filem Makmum, Pastikan Baca Informasinya Dulu! Fobia Solat Dalam Gelap? Sebelum Tonton Filem Makmum, Pastikan Baca Informasinya Dulu!

Selain Indonesia, filem ini juga ditayangkan serentak di tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. Difahamkan, ia sudah pun mengutip kutipan lebih RM1 juta setakat ini di Malaysia.

IKLAN

Khabarnya juga, proses penggambaran Makmum turut terselit kisah mistik apabila Titi Kamal ada mengungkapkan ada tiga kejadian aneh yang dialami krew produksi dan rakan pelakon.

Mereka difahamkan, kerap mendengar suara mendesah seperti orang sesak nafas, berbisik selain suara orang sedang mandi. Namun setelah diselidiki, ia nyata tidak wujud dari mana suara yang didengari.

Makmum mengisahkan Rini (Titi Kamal), iaitu seorang penjaga rumah mayat yang diusir keluar dari rumahnya dan memilih untuk bekerja di asrama puteri.

IKLAN

Fobia Solat Dalam Gelap? Sebelum Tonton Filem Makmum, Pastikan Baca Informasinya Dulu!

Ketika waktu cuti sekolah, tiga pelajar iaitu Nurul (Tissa Bianni), Putri (Adila Fitri) dan Nisa (Bianca Hello) tidak dibenarkan pulang kerana keputusan peperiksaan yang teruk.

Lalu sepanjang tempoh itulah, berlaku peristiwa seram pada mereka termasuklah kewujudan hantu makmum yang sering mengacau mereka ketika mereka solat.

Rupanya ada kisah dendam lama yang disimpan pengetua serta penjaga asrama puteri itu.

Foto/Sumber: Carian Google/Liputan6

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI