
Pelakon Alif Muhaimin baru-baru ini ada memberikan dedikasi terhadap teman istimewanya, Nur Sara Jasmin bersempena dengan ulang tahun kelahiran gadis berkenaan yang ke-25.
Dedikasi yang dihasilkan menerusi sepotong video pendek itu antara lain memaparkan beberapa keping foto romantis bersama bersama.
Malah, menerusi salah satu foto yang dikongsikan dalam video terbabit, gadis berkenaan turut dilihat menerima jambangan bunga daripada Hero Remaja 2015 itu.
“Happy 25th birthday, Nur Sara Jasmin #tomanymoreyearstogether #angau @signorinasara_
P/s follow my girlfriend please! #mygirlfriendisverybeautiful,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian video yang sudah pun ditonton lebih 30,000 kali itu, rata-rata rakan serta peminat memberikan reaksi dan ada di antara komen mendapat jawab balas dari pelakon itu sendiri.
Terdahulu menerusi Media Hiburan, pelakon drama bersiri Angkara Cinta ini mengesahkan kini sedang mengenali seseorang dan serius di dalam perhubungan yang terjalin.
Foto: Instagram Alif Muhaimin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sayang Macam Mana Pun, Tak Boleh Bawa Sama-Sama Masuk Kubur,” – Asyik Ditanya Hal Jodoh, Ini Jawapan ‘Makan Dalam’ Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin sudah sering ditanya mengenai soal jodoh selepas suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pergi mengadap Ilahi pada Mac 2017.
Bagaimanapun, buat kesekian kalinya, penyanyi Hanya Satu ini menjawab persoalan sama berhubung soal jodoh di laman Instagram.
“Bismillahirahmanirahim.
Ramai yg mula bertanyakan pada saya ttg jodoh.
Saya nk jawap disini…..
Sebenarnya itu tidak penting sama sekali.
Pasangan hanya sekadar pinjaman dan perhiasan dunia buat sementara.
Sayang mcm mana pun., Tak boleh bawak sama2 masuk kubur..
“Yg LEBIH PENTING adalah tanggungjawap saya pada 4 org anak- anak saya.
Mungkin pada org lain agak mudah……sbb kita berlainan keperluan & pendapatan.
Bukan mengeluh tapi sekadar berkongsi…
Sebagai org yg hidup sederhana & bukan berharta mewah.
Banyak sekali tanggungan yg harus saya pikul.
Saya bayangkan keadaan org lain yg senasib atau lebih teruk dari saya….pasti mereka lebih hebat, tabah & luarbiasa.
Semoga Allah memberkati kehidupan kita,” tulis Nora.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Malah, Nora turut mengagumi para wanita yang bergelar ibu tunggal kerana berjaya membesarkan anak-anak dengan hasil titik peluh sendiri.
“Salute to all the single moms yg membesarkan anak2 hasil titik peluh sendiri hingga berjaya tanpa ada bantuan2 lain.
Kepada yg punya segalanya.
Cukup lengkap…..mewah hidup, bahagia….
BERSYUKURLAH….ingat Allah..
Sebab itu adalah pemberian/ pinjaman dari Allah swt.
Hargai apa yg kita ada..
“Kepada yg sering ditimpa ujian…
Bertabahlah…. REDHA
Lihat pada HIKMAH disebalik setiap kejadian.
Semoga Allah mempermudahlan urusan kita.
‘Yang pergi usah ditangisi, yang ada jangan terlalu gembira’
Salam dari saya NORA,” akhiri Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Ariffin.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat buat penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu.
Terdahulu, komposer terkenal itu meninggal dunia akibat serangan jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Foto : Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kini Bergelar Isteri Juruterbang, Mimie Haris Kongsi Foto Indah Majlis Resepsi Perkahwinan

Pengacara, Mimie Haris kini telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir.
Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris melangsungkan majlis pernikahan di Royale Place, Shah Alam pada Ahad.
Di samping itu, majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan selebriti Fatin Afeefa, Ika Nabella dan Anis Al-Idrus sebagai pengapit kepada pengantin perempuan.
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
Dalam pada itu, menerusi entri terkini Mimie di Instagram, pengacara rancangan CJ WOW SHOP ini turut berkongsi momen ketika melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di The Venue, Shah Alam.
Majlis resepsi tersebut diraikan dengan penuh meriah bersama keluarga dan rakan selebriti.
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
View this post on InstagramA post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on
Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.
Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Ogos 2016
Foto: Instagram Mimie Haris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Mawar Rashid Rakam Wajah Anak Berusia 19 Hari, Raden Memang Murah Dengan Senyuman

Meski usianya baru cecah 19 hari, namun cahaya mata Mawar Rashid, Raden Muhammad Rafael sentiasa murah dengan senyuman.
Lihat sahaja telatah bayi seberat 3.4kg itu tatkala Mawar merakam video dan gambarnya, pasti si comel itu akan tersenyum manja.
View this post on InstagramMummy melting lah ? @radenrafaelraf #15daysold
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Lalu,netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi comel Raden.
Malah, ada yang berasa ‘geram’ dengan si comel itu.
Alahai, bijak sungguh Raden ni kan? Acap kali bergambar, pasti senyuman tak lekang di wajah.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017.
Foto/Video : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI