Selepas agak lama menyepi, nama penyanyi, Sharul Kamal kembali menjadi bualan netizen sejak beberapa hari yang lalu.
Ia susulan selepas Sharul memuat naik satu hantaran di media sosial yang mencetuskan perdebatan diantara segelintir netizen.
Hantaran tersebut memaparkan Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman sedang membelai seekor anjing dengan menggunakan tangannya tanpa berlapik.
Malah, netizen turut mempersoalkan tindakan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-12 itu yang mengenakan rantai dah subang telinga di dalam hantaran yang sama.
Hasil tinjauan MH, video tersebut dirakam ketika Shahrul sedang menjalani penggambaran untuk sebuah projek baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyanyi asal Port Dickson, Negeri Sembilan ini dilihat tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung hantarannya itu.
Meninjau ke ruangak komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa selain turut tidak menyangka yang Sharul bakal bertindak sedemikian.
“Aku mula follow dia sebab dengar dia azan. Lepas tengok konten sampah ni, dah boleh unfollow kot.
“Nak suruh viral la ni? Okay, faham.
“Takkan la post sebab nak perhatian. Sedih pula tengoknya.
“Nak promote lagu punya fasal. Yang haram pun jadi halal. Artis zaman sekarang. Kena kecam nanti koyak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Shahrul bersama kumpulannya, Dunya baru sahaja melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul Parasit Media.
Lagu tersebut difahamkan ditulis untuk mengkritik cara segelintir pihak yang mengganggu platform sosial media secara membuta tuli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber dan Kredit Foto: Instagram Sharul Kamal