Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari ada berkongsi video di Instagram, menyaksikan dirinya sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Dubai.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu dikecam hebat oleh netizen yang mengkritik cara Awal menunaikan solat.
Ketika menunaikan solat, Awal dilihat memakai kaca mata hitam dan dahinya juga terlindung dengan serban.
View this post on InstagramThey did say no camera. They didn’t say no phone. ? #nervousbuatsalahsampaisolatpakaishades
A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari) on
“They did say no camera, they didn’t say no phone,” tulisnya.
Video tersebut nyata menimbulkan kemarahan segelintir netizen yang menyifatkan Awal seperti mempersendakan agama.
Malah, mereka turut mempersoal motif Awal berkongsi video tersebut di Instagram.
Sehingga kini, MH juga tidak dapat pastikan mengapa Awal berkongsi sedemikian.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kurus, Rambut Ikal Mayang Pun Kena Cerai Juga,”- Usik Kak KM, Ini Respon Win Amyza Aznan!
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM ada memuat naik video terbarunya di Instagram.
Video tersebut memaparkan aksi anak kepada pelakon Normah Damanhuri dan pelakon Amyza Aznan itu sambil melakukan gaya tersendiri.
“Tak guna kau pakai boots, badan kurus,rambut ikal mayang pun kena cerai Amyza.. Kau degil aku suh makan jamu sweet dara,” tulis anak pelakon senior, Normah Damanhuri itu.
View this post on InstagramA post shared by ☎️ KM 0196177597 (@km_lianarosli) on
Lalu, bila menjengah di Instagram Amyza pula, dia turut memuat naik video sama dengan kapsyen tersendiri.
“Ustaz madi.. knp u pilih janda.. Oo mentang2 dia tauke jamu.. ehemmm. Apa kurangnya kak kaaia? ,” tulis Amyza.
Menerusi komen pula, netizen telah meninggalkan komen pelbagai terhadap reaksi kedua-dua mereka.
Video : IG Liana,Amyza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aib! Yang Tidak-Tidak,” – Ayda Jebat Payung Foto Lama Demi #UntilTomorrow, Kening Bentuk Lintah Jadi Perhatian
Sebagaimana kebanyakkan pengguna media sosial lainnya, penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran terkini, #UntilTomorrow.
Memuat naik beberapa keping foto serta video lamanya kira-kira enam tahun dulu, perkongsian penyanyi Better Than You ini nyata mencuit hati ramai, khasnya peminat bintang popular berkenaan.
“Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.
“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni.
“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ?
“Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!,” tulisnya pada satu entri.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Dalam pada itu, para peminat dilihat turut sama memberikan reaksi, terhibur dengan gelagat serta penampilan bintang ini pada zaman awal remajanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini sehingga 14 April depan.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Sudah boleh disaksikan di YouTube, muzik video lagu berkenaan sudah pun ditonton lebih 20,000 tontonan setakat ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hantar 50 Parcel Dalam 5 Jam, Haniff Hamzah Respek Pekerja Kurier – “ “Bila Aku Buat Sendiri, Sebenarnya Susah.”
Bermula dari tahun 2016, pengacara dan penyampai radio, Haniff Hamzah akan sentiasa menyahut cabaran untuk cuba melaksanakan kerja-kerja yang belum pernah dia lakukan sebelum ini selama satu hari di bulan Ramadan.
Jika tahun-tahun sebelumnya Haniff pernah menjadi pengutip sampah dan peniaga air di bazar Ramadan, namun, pada kali ini, dia memutuskan untuk melakukan kerja-kerja khidmat penghantaran.
Jelas Haniff, dia hanya sempat bertahan selama lima jam kerana menyifatkan pekerjaan tersebut memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.
“4 atau 5 jam aku keluar jadi penghantaran barangan bersama team Shopee Express. Aku hantar lebih kurang 50 parcel je. Kawasan PPR dan Flat.
“Maaf aku tak sambung untuk 2nd wave. Dan jujur aku cakap kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Nak nak tengah puasa,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Era itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, dia amat menghormati mereka yang bertungkus lumus bekerja di sektor penghantaran ini selain turut menyifatkan pekerjaan ini bukan sesuatu yang mudah.
“Aku tau kerja ni susah tapi bila aku buat sendiri sebenarnya dia lagi susah. Aku sangat menghormati kalian.
“Semua yang bekerja penghantaran ni. Aku memang tabik kat korang ah. Kental betul. Share sikit pengalaman korang jadi rider kat ruang komen. Kita Kasi orang tau perit dia,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang dipamerkan oleh Haniff selain turut berterima kasih kerana telah menunjukkan realiti sebenar kerja-kerja di sektor khidmat penghantaran.
Sumber: Instagram Haniff Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI