“For Those Yang Suruh Saman Mamat Tu, I Wont. Kalau…,” – Eya Hazali, Suami Maafkan

Share

Pelakon Eyra Hazali tidak melenting apabila suaminya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Haziq Nadzli dikritik netizen gara-gara prestasi hambar dalam saingan Bola Sepak di Sukan SEA ke-30 di Filipina, baru-baru ini.

Bintang Mr Grey itu bagaimanapun positif sekali gus memaafkan.

“Thank you everyone for your kind words! for those yg suruh eyra saman je mamat tu,i wont. Kalau ikutkan ada yg lebih teruk but eyra maafkan,haziq pun maafkan.

“Matlamat kami bukan utk orang merangkak cari kami di akhirat nanti. Cukup doa untuk Allah sedarkan dia,in sha Allah,” tulisnya menerusi salah satu twit yang dilayangkan pada Khamis. 

Sebelum ini, ada netizen yang meluahkan rasa kecewa  di media sosial apabila pasukan bola sepak kita gagal lolos ke peringkat seterusnya dalam saingan sukan dwitahunan itu.

Terdahulu, cabaran skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara pada saingan Sukan SEA 2019 berakhir apabila tewas 1-3 di tangan Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Filipina.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas bola sepak Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.

Foto: Instagram Eyra Hazali, Haziq Nadzli

Published by
MH