ukan selebriti, namun kata-kata muhasabah diri yang sentiasa dikongsi cukup memberi inspirasi, termasuk selebriti.
Sentiasa audit diri dan lihat kebaikan insan lain sebelum menghukum membuatkan setiap bait kata Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad sentiasa tepat jadi panduan.
Namun siapa sangka di sebalik trademark husnuzon, wanita cekal ini punya kisah sedih yang cukup terkesan di hati.
Kongsi Prof Muhaya menerusi live Facebook, ibu bapanya bercerai tatkala dia bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Ibu bapa saya bercerai sewaktu saya ingin mengambil peperiksaan SPM lagi tiga bulan. Memang diakui saya tertekan, namun saya tak mahu menjadi mangsa keadaan. Bayangkan saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dan tiba-tiba dapat tahu mereka bercerai.
Ads
“Saya tidak mahu meratap kesedihan dan terlalu emosi. Kalau terlalu ikutkan perasaan dan gagal dalam peperiksaan, siapa yang akan tolong saya.
“Jadi tak apalah sekiranya ibu bapa saya bercerai. Saya harus belajar dan buktikan saya mampu berjaya. Saya tidak mahu gagal kerana tidak mahu ibu bapa saya ditertawakan,” kongsinya.
Malah, proses kehidupan selepas fasa perceraian ibu bapa menjadi satu titik tolak kepada kejayaannya hari ini. Tegasnya, pasangan yang bercerai usah sesekali bercerita keburukan pasangan di hadapan anak-anak.
Ads
“Formula apabila berlaku perceraian, jangan sesekali memburukkan pasangan. Saya pernah bertanya kepada ibu, dan ibu katakan apa yang berlaku adalah salahnya kerana tidak mengikut kata suami. Pada waktu itu, saya masih bersekolah dan ibu pula berniaga.
“Kata ibu, dia yang bersalah dan kerana itu bapa berkahwin lain.
“Bapa pula jelaskan kepada saya, sekiranya dia tidak berkahwin, dia akan terjerumus dalam maksiat. Saya terima penjelasan itu. Kalau ikutkan memang tertekan namun kami berbicara dari hati ke hati sebagai orang matang dan dia hormat saya sebagai anak.
Ads
“Malah bapa selalu memuji ibu dan mengatakan ibu adalah ahli syurga. Saya bersyukur kerana walaupun selepas bercerai, hubungan mereka masih baik,” kata ahli motivasi ini mengimbau kembali memori lalu.
Pakar bedah mata ini turut memberi tips untuk anak lebih bijak dengan menjalin hubungan akrab dengan bapa seperti yang dilakukan oleh orang tuanya dahulu.
“Kalau inginkan anak cerdik, bina hubungan yang baik dengan bapa. Ambil peluang tidur dengan anak, bacakan bedtime story. Puji dan beri keyakinan kerana itu yang akan menjadikan dia pada masa hadapan.
“Anak-anak seperti span jadi kita sebagai ibu bapa harus programkan dia sebaiknya,” jelasnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen terkenal Rizalman telah mengadakan pertunjukan fesyen istimewa bagi koleksi terbarunya untuk musim raya tahun 2019, semalam.
Koleksi raya Rizalman kali ini sekali lagi berkolaborasi bersama fesyen online terkemuka, Zalora.
Pertunjukan fesyen yang berkonsepkan Raja Inggeris itu telah berlangsung di Chin Woo Hall, Kuala Lumpur.
Ramai di kalangan vip telah hadir ke pertunjukan fesyen itu bagi memeriahkan lagi suasana pertunjukan tersebut, termasuk rakan selebriti yang tidak kalah gaya.
Jadi jom kita lihat antara selebriti yang telah hadir ke pertunjukan fesyen Rizalman semalam. Memang wow semuanya!
1. Neelofa
2. Izara Aishah
3. Ziana Zain
4. Hael Husaini
5. Awal Ashaari
6. Scha Al-Yahya
7. Farah Nabilah
8. Sherry Ibrahim
9. Dayang Nurfaizah
10. Marsha Milan Londoh
Sementara itu, koleksi musim raya yang terbaru rekaannya ini turut hadir dengan 75 rekaan dan telah mulai dijual Selasa lalu. Kesemua rekaan hanya boleh didapati di laman fesyen online terbabit.
Rizalman turut memberi dedikasi istimewa di Instagram miliknya, beberapa jam lalu.
Pelakon Ammar Alfian telah menyuarakan pendapatnya mengenai setiap watak dalam drama masa kini yang sering menghiasi televisyen.
Mana tidaknya, tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menjelang tahun baru 2019, namun seperti kurangnya perubahan dalam drama, sebaliknya jalan cerita dan skrip yang lebih kurang sama.
“Playboy, romeo, wife stealer, anak dato’… Typical malay roles in dramas for leading men right now. What kind of message are we sending to the youth & the public? It’s nearly 2019. Ain’t there gona be any change? And u ask me why Im not on TV anymore,” tulisnya.
Terdahulu, Nora Anne yang berusia 15 tahun telah dilaporkan hilang dari sebuah resort penginapannya sekeluarga kira-kira 10 hari lalu.
Misteri kehilangannya sekali gus mencetuskan tanda tanya dan sejurus operasi mencari dan menyelamat dijalankan, pihak berkuasa dilaporkan telah menemui mayat wanita berkulit putih kira-kira 2.5 kilometer dari lokasinya hilang.
Memetik laporan Kosmo! sehari lalu, polis mengesahkan mayat yang dijumpai berdekatan anak sungai di Pantai Hills dekat Seremban hari ini adalah Nora Anne Quoirin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan identiti mayat yang dijumpai selepas proses pengecaman dibuat oleh keluarga mangsa di Hospital Seremban.
Bagaimanapun, keputusan bedah siasat Nora Anne sehingga kini masih belum dimaklumkan.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.