Memilih Maldives sebagai percutian bulan madu, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan isteri Nurida Suraya mengabadikan momen indah sebagai pasangan suami isteri di sana.
Malah, kedua-dua mereka dilihat saling berkongsi gambar di Instagram masing-masing.
Terdahulu, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Malah, mereka mengenakan beberapa busana pengantin saat majlis resepsi berlangsung.
Foto : Instagram Rizman Nordin, Norida Suraya