Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai pelakon, Julia Farhana Marin yang dikatakan bakal menamatkan bujangnya tidak lama lagi.

Desas-desus itu bermula apabila Julia dikatakan telah muat naik sebuah posting kerjasamanya bersama jenama barangan kemas tempatan, Habib Jewels yang memperlihatkan dirinya sedang mengenakan gaun berwarna putih.

Teka-teki tersebut akhirnya terjawab apabila Julia memaklumkan posting berkenaan adalah bertujuan untuk mempromosikan lagu terbarunya bersama komposer dan penulis lirik, Awi Rafael yang berjudul Jangan Lupakan Aku.

Lantaran itu, pelakon asal Singapura ini merasakan dirinya tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf diatas segala kekeliruan yang berlaku itu.

“Saya rasa saya tidak perlu jelaskan mengenai apa yang saya post di Instagram. Jujur saya kata, ketika ini selalu saya nampak artis sikit-sikit dia nak minta maaf.

“Saya pun tak faham kenapa. Kalau anda yakin dengan apa yang anda katakan di media sosial, kenapa pula nak minta maaf.

Ads

“Walaupun ia agak susah, kita sekarang sudah kena mula untuk terima siapa diri kita sebenarnya terutamanya untuk apa yang kita percaya.

“Mengapa kita nak minta maaf untuk sesuatu perkara yang kita tak buat salah,” katanya kepada MH.

Foto Di Instagram Bukan Gimik Lancar Lagu Baru, Julia Farhana Marin Rasa Tiada Keperluan Untuk Mohon Maaf

Foto Di Instagram Bukan Gimik Lancar Lagu Baru, Julia Farhana Marin Rasa Tiada Keperluan Untuk Mohon MaafKenyataan tersebut dikongsikan oleh Julia sewaktu ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Jangan Lupakan Aku hasil kerjasama diantara Newsantara Records bersama Habib Jewels yang berlangsung di Hotel Pullman, Bangsar pada Khamis.

Pelakon berusia 28 tahun ini turut menjelaskan gambar tersebut tidak mempunyi sebarang kesalahan dan ia jelas menggambarkan situasinya pada ketika itu.

Ads

“Maksud saya, apa salah gambar tu?Gambar itu cantik dan saya tag Habib. Memang benar saya nervous pada hari ini. Itu yang saya tulis di kapsyen.

“Walaupun nervous saya tetap bersedia. Bersedia untuk menyanyi secara langsung.

“Saya rasa salah faham ini berlaku disebabkan pemakaian saya. Tapi itulah yang saya pakai dalam muzik video. Itu adalah babaknya,” jelasnya lagi.

Foto Di Instagram Bukan Gimik Lancar Lagu Baru, Julia Farhana Marin Rasa Tiada Keperluan Untuk Mohon Maaf Foto Di Instagram Bukan Gimik Lancar Lagu Baru, Julia Farhana Marin Rasa Tiada Keperluan Untuk Mohon Maaf

Ads

Julia turut menambah, dia bersama Awi tidak merancang untuk membuat sebarang gimik kerana mereka sendiri percaya lagu tersebut memiliki kekuatan yang tersendiri.

“Mungkin orang salah faham sebab ramai artis yang jadikan perkahwinan sebagai gimik tapi saya pula tak terdetik pun nak buat semua itu.

“Awi mahu lagu ini datang dari hati dan rasa yang jujur. Dia mahu saya percaya kepada muzik ini. Tak perlu apa-apa gimik pun.

“Jujur saya katakan, gambar di Instagram itu bukan gimik. Ia cuma gambar yang saya suka ketika memakai barangan kemas. Kalau nak buat gimik dah lama saya buat.

“Bila benda tu jadi salah faham, saya tak rasa saya kena minta maaf. Sebab itu adalah platform saya. Saya boleh post apa yang saya mahu,” katanya lagi.

Terdahulu, lagu beserta muzik video Jangan Lupakan Aku sudah mula boleh ditonton di saluran Youtube Habib Jewels dan dikesemua platform penstreman muzik.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI