Drama, Drama & Drama …
Berita mengenai Britney Spears diiringi oleh paramedic dalam keadaan serabai dan banya berbalut selimut menjadi tular kelmarin sehingga ada yang membuat spekulasi dia kembali mengalami masalah kesihatan mental.
Namun penyanyi yang popular dengan gelaran Princess of Pop itu tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Namun apa yang lebih memeranjatkan, Britney Spears mendakwa dia ‘diperangkap’ oleh ibunya sendiri, Lynne Spears.
Dalam hantaran di Intsagram peribadinya, penyanyi yang popular dengan lagu Pieces of Me itu menunjukkan dia sebenarnya terseliuh di bahagian kaki sambil menunjukkan kepada umum bahagian yang bengkak.
Pada berita asal yang tular, Britney didakwa cedera selepas pertengkaran yang dikatakan dengan bekas kekasihnya, Paul Richard Soliz di hotel terkenal di Los Angeles.
Walaupu begitu ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan bahawa dia sebenarnya terjatuh ketika cuba ‘melakukan lompatan’ di dalam biliknya.
BACA JUGA: Britney Spears Kekal Relevan, Lagu Berusia 13 Tahun Kembali Masuk Carta Billboard
Dalam kenyataan yang dibuat, dia turut menyatakan yang paramedik datang ke lokasi di mana dia berada secara ‘haram’ sehingga menyebabkan kekecohan.
“Saya tahu ibu saya terlibat! Saya tak pernah bercakap dengannya dalam tempoh enam bulan dan dia menelefon saya selepas perkara ini terjadi sebelum berita ini tersebar kepada umum.
“Saya diperangkap sebagai mana dia lakukan sebelum ini. Saya harap saya masih ada datuk dan nenek. Saya tidak tahan dengannya. Saya tidak kisah untuk menyatakan perkara ini,” ujarnya dalam tulisan di kapsyen hantaran tersebut.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan