[FOTO] Dua Bulan Selepas Pembedahan Jantung Si Anak, Hunny Madu Isi Masa Cuti Bersama Di Langkawi!

Share

 

Dua bulan selepas pembedahan jantung anak kedua pengacara Hunny Madu iaitu Adam Musa, hos ini sempat meluangkan masa bersama menikmati percutian di Pulau Langkawi.

Ditemani sahabat baiknya, Sazzy Falak, masing-masing membawa cahaya mata masing-masing. 

Melihat ekspresi wajah kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan itu, Adam tampak ceria dan gembira menikmati percutian di destinasi popular itu. 

Terdahulu, Adam selamat menjalani pembedahan implan jantung pada pertengahan Julai lalu. 

Malah, Adam pernah dua kali menjalani pembedahan dikenali Stent PDA.

Untuk rekod, Hunny atau nama penuhnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid mempunyai dua prang anak, Eva Medina,7 tahun dan Adam Musa, 1 tahun 8 bulan.

 Foto : Instagram Hunny Madu

Published by
Amynur Akmal