[FOTO] “Nasib Baik Tak Hujan,”- Sambut Baby Shower Konsep Taman, Sam-Tilla Tak Sabar Tunggu Baby Lihat Dunia!

Share

Menanti detik bagi kelahiran cahaya mata kedua, Syatilla Melvin dan suami, Shaheizy Sam telah meraikan baby shower berkonsepkan taman.

Bertemakan warna pink lembut, majlis yang diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala lumpur itu disambut meriah dengan pelbagai jenis hidangan dan dessert.

Momen indah itu dikongsikan pelakon Selafaz Cinta itu di Instagram dengan menggunakan hashtag #samsyatillababyshower.

Dalam pada itu, Syatilla turut berdoa agar keadaan cuaca adalah baik bagi melangsungkan  majlis supaya berjalan lancar.

“Alhamdulillah dan terima kasih utk semua yg mai baby shower tilla n sam semalam. nasib baik laa x hujan ya allah oi.. duk bedoa dalam hati xputuih2 semalam♥ #samsyatillababyshower,” tulisnya. 

Untuk rekod, Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syeriv Samheizy.

Terdahulu, Syatilla pernah mengalami keguguran anak kedua pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, dua bulan kemudiannya, dia tidak menyangka bahawa hamil sekali lagi dan berasa teruja akan berita itu.

Foto : Instagram Syatilla Melvin, Syifa Melvin & Syida Melvin

Published by
Amynur Akmal