Ketika ini, rata-rata warga maya teruja dengan cabaran baru di media sosial, #untiltomorrow atau #onlyuntiltomorrow yang memerlukan pengguna akaun yang menyahut cabaran tersebut perlu memuat naik foto atau video yang dirasakan paling pelik atau lucu mengenai mereka.
Etika cabaran ini ialah, kepada mana-mana pengguna akauan yang menekan tanda suka pada foto yang tertera #untiltomorrow, mereka akan diberikan teks yang meminta mereka untuk melakukan hal sama di akauan masing-masing, khasnya di Instagram.
Bagaimanapun, entri yang dimuat naik boleh dipadam pemilik selepas 24jam dikongsi.
Lalu, para selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyahut cabaran sebagai mengisi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Jom kita stalk foto #untiltomorrow mana yang paling win!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz kini sudah pun bergelar bapa selepas isterinya, Fara Roslan selamat bersalin cahaya mata lelaki, pada Rabu.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi akaun Instagram.
Berkongsi wajah anak pertamanya, Ippo turut berkongsi nama si permata hati, Yusuf Zarin Nur.
“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah “Yusuf Zarin Nur”. Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi.
“Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih tak terhingga, sangat teruja. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” tulis Ippo pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan berita gembira yang dikongsikan, rata-rata peminat memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat Ippo dan isteri.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tanggapada Ogos 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menyambut orang baru dan memulakan rutin yang sama setiap hari ia pasti bukan suatu hal yang mudah.
Lebih-lebih lagi bagi suami isteri yang baru dikurniakan cahaya mata yang pertama.
Kata Tasha Manshahar menerusi Instagram, dia masih lagi dalam proses mengadaptasi kehidupan dengan kehadiran anaknya.
Malahan, bekas penyanyi ini mengakui dia ada meminta untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya sebelum ada anak adalah benar sama sekali.
“Day 17. Dalam fasa adaptation lagi. Banyak benda baru i belajar, and more to learn day by day. Tapi one thing lah, orang selalu pesan sebelum i bersalin dulu, “tidur la puas-puas sekarang, nanti dah ada anak mmg tak cukup tidur”. Which is…..VERY TRUE!
“Sampai kadang-kadang nego dengan anak, “sayang, lepas minum susu ni, kita tidur kejap boleh? Kejap je. Mommy penat sgt harini. Please eh boleh eh eh eh.” Sambil lap airmata guna lengan baju ya nego tu hahahahahhahahahah kejadian ni baru berlaku siang tadi.
“Yela, mmg ada hari kita macam extra penat kan. Sbb kalau malam alhamdulillah setakat ini, baby merengek nak susu atau nak tukar pampers je, lepastu dia lena sampai ke pagi. Kita je la kejap2 bangun nak tengok dia okay ke tidak.
“Masih adapt. Dalam fasa trial and error. Maklumlah first time. Siapa pernah experience?” luahnya di Instagram.
Netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam soal penjagaan anak, malah ada yang menyarankan agar penyanyi ini berehat apabila bayi sedang tidur.
Dalam hal ini, suami harus bersama mainkan peranan dalam soal penjagaan anak. Barulah kurang beban isteri.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu, pelakon, Keith Foo tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka.
Menurut Keith Foo, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu membuang perasaan ego dan berbincang secara baik terutama membabitkan hak penjagaan zuriat.
“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara yang tidak sepatutnya. Pada akhirnya, kita yang mahukan anak ini.
“Jadi, apapun yang berlaku diantara ibu dan ayah, kita tak boleh libatkan anak di dalam konflik peribadi.
“Kita kena ketepikan ego dan bersama-sama sebagai kawan untuk membesarkan anak ini. Saya pasti segalanya akan baik-baik sahaja,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.
Dalam pada itu, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.
“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.
“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.
“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.
Sekadar informasi, Keith dan Kim Raymond telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019.
Berkongis mengenai peranannya di dalam filem Layang-Layang Perkahwinan, Keith membawakan watak sebagai Ammar Arafat yang juga merupakan bekas kekasih kepada salah seorang watak utama Saida Amanda yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.
Ammar kembali muncul di dalam kehidupan Saida selepas suaminya berlaku curang dan berkahwin lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...