
Usahawan sensasi, Safiey Illias ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan dirinya sedang melakukan aktiviti kisar kelapa.
Kongsinya, mesin yang digunapakai merupakan mesin lama dan turut bertanya sama ada pengikutnya pandai guna atau sebaliknya.
“Meskin kisar kelapa legend namanya. Siapa pandai guna? Ke tak pernah tengok?,” tanya Safiey yang turut sinonim disapa Syinta ini.
Lalu menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya perasan kain pelekat yang dipakai penyanyi Syinta Gila ini dan turut memberi reaksi terhadap penampilannya itu.
Aduhai… nampak aja korang kan?
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…,” – Izreen Azminda

Sebelum membulatkan hati menceburi industri hiburan, aktres Izreen Azminda mengakui telah bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontroversi.
Izreen atau nama lengkapnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.
“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.
“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun ini tidak menafikan keluarga juga turut terpalit dengan kisah sensasi membabitkan dirinya sebelum ini.
Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.
“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.
“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.
“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.
“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.
Imbas kembali, Izreen mula menceburi karier seni lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2005/2006 sezaman Scha Alyahya dan Datin Rabecca Nur Al-Islam.
Sehingga kini, sudah hampir 17 tahun bintang asal Perlis ini bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Izreen berkongsikan perkara tersebut di dalam program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan. Ini perkongsian penuhnya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maaf Sebab Tak Dapat Berada Di Sisi Jenazahmu,” – Abang Meninggal Dunia, Dj Lin Titip Doa Dari Madinah

Penyampain radio, Dj Lin yang kini sedang berada di Tanah Suci, Mekah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Dj Lin turut mendoakan semoga kakak ipar dan anak-anaknya diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
“Al-Fatihah untuk arwah abang saya tersayang, Mohd Yusof bin Abdul majid yang baru saja menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 pagi tadi (waktu Malaysia).
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Kak Norli dan anak-anak tabah menerima ketentuan Allah yang lebih menyayangi arwah,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM itu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dengan abangnya itu sebelum jenazahnya dikebumikan.
“Selamat jalan Usop. Insyaallah di satu ketika kita pasti akan bertemu kembali di alam sana. Maaf sebab tak dapat berada di sisi jenazahmu hanya doa yang mampu aku panjatkan dari bumi Madinah untukmu.
“Dari 10 beradik kini kami tinggal 8 beradik je,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip kata-kata seman dan ucapan takziah buat seluruh keluarga Dj Lin.
Terdahulu, Dj Lin memaklumkan dirinya kini akan menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah selepas beberapa hari berada di Madinah.
Dj Lin telah berangkat untuk menunaikan umrah ketika awal Ramadan pada 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dj Lin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi Park Bo-ram Meninggal Dunia Selepas Jatuh Di Rumah Kawan, Syarikat Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Seorang lagi penyanyi K-Pop terkenal meninggal dunia pada usia muda. Park Bo-Ram, 30, ditemui mati di rumah kawannya di Seoul pada Khamis lalu selepas jatuh tidak sedarkan diri.
Kematiannya disedari oleh rakan-rakannya apabila dia tidak pulang semula ke ruang berkumpul selepas ke tandas.
Apabila ditemui rakannya di tandas, mendiang Park Bo-ram ditemui dalam keadaan berteleku di sink sebelum mereka melakukan rutin bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu pihak perubatan tiba.
Selepas dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang, penyanyi lalu popular Beautiful itu disahkan meninggal dunia pada ajam 11.17 malam kira-kira sejam setengah selepas dia dijumpai tidak sedarkan diri.
Hari ini dalam satu kenyataan media susulan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Xanadu Entertainment menyatakan mereka akan berkongsi kenyataan rasmi sebab kematian Park Bo-ram apabila tiba masa yang sesuai.
Dalam kenyataan itu lagi, pihak pengurusan dengan tegas menyatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyiarkan berita palsu berhubung kematian penyanyi itu.
BACA JUGA: Pelakon Siri Popular Netflix Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

“Kami memohon agar anda memadam hantaran dan video tidak berasas, palsu dan spekulatif.
“Jika perkara ini berterusan, kami akan bertindak balas dengan memfailkan tindakan undang-undang dengan memfailkan kedua-dua tuntutan mahkamah sivil dan tuduhan jenayah selepas selesai urusan pengebumian,” memetik sebahagian daripada kenyataan yang dikeluarkan.
Autopsi terhadap mayat mendiang sepatutnya dilakukan pada Sabtu lalu namun ditunda ke hari ini. Dilaporkan, upacara pengebumian akan dilakukan selepas proses autopsi selesai.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI