Pelakon Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan ada berkongsi momen menerusi akaun Instagram miliknya.
Walaupun sibuk bergelar sebagai seorang pelakon dan ibu, Ayu tetap berkongsi perkembangan terkini bersama peminatnya.
Kongsi adik kepada pelakon Rozita Che Wan, dia kini sedang bercuti bersama keluarganya.
View this post on InstagramA post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on
Rata-rata peminat memuji Ayu dan suami yang kelihatan sangat ‘sweet’ dan romatik.
Untuk rekod, Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha Abdul Radzak yang merupakan pemain bola sepak pada 21 Januari 2011.
Gambar : Instagram Ayu Raudhah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tahniah Buat Datuk Dan Datin Yang Bakal Timang Cahaya Mata Tak Lama Lagi,” – Sempena Hari Jadi, Erra Fazira Beri Hadiah Istimewa Buat Awie
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon dan penyanyi Erra Fazira ada memuat naik beberapa keping foto bersama dengan rakan pelakon, Datuk Awie.
Erra dilihat memberi hadiah istimewa kepada Awie bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktor terkenal itu.
Pada masa sama, Erra turut menitipkan ucapan dan tahniah buatnya dan isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial.
“Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt ew@awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair, Alhamdulillah.
“Tahniah buat Dt n Datin yg bakal menimang cahayamata tak lama lagi. Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah., berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat.
“Jangan lupa gunakan set penjagaan rambut dari @faithfleurhq tau, sgt bagus utk masalah keguguran,” tulisnya.
Foto : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami
Penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi akhirnya berkongsi foto hari bahagianya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Instagram.
Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 11.11 pagi, 1 Januari lalu dengan sekali lafaz.
Atas izinNya, Heliza menitipkan rasa syukur serta memberikan dedikasi ucapan buat suami tersayang.
“KUN FAYAKUN. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi.
“Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.
“Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.
Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi mem..Zaujahkan diriku (eh ada ke ayat ni) ini yang bukan shiapa shiapa…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, para peminat serta rakan-rakan turut mendoakan kebahagiaan yang baik-baik buat pasangan.
Sementara itu menerusi Insta Stories, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berseloroh akhirnya dia kongsikan fotonya bersama Mahadi.
Pada masa sama, Heliza memaklumkan muzik video Dilamarmu sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube, The Helmis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Heliza Helmi, YouTube The Helmis
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Tahu Nak Kesian Ke Nak Ketawa,” – Lasak Sampai Benjol Kepala, Shahida Sakat Takut Hilang Ingatan, Baem Tak Henti Berzikir!
Bahagian dari anak pasangan usahawan kosmetik, Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Ibraheem Adham atau mesra dipanggil Baem mengalami benjol selepas dipercayai terjatuh ketika bermain bersama adik-beradiknya yang lain baru-baru ini.
Meski saiz benjolnya agak besar, namun usikan daripada ibunya membuatkan wargamaya terhibur.
Berniat mahu menasihati anaknya, Shahida berkata anaknya mungkin hilang ingatan disebabkan benjol yang dialami.
“Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sbb benjol dia besar. Kemain tangisan keinsafan dia.
“Tak tahu nak kesian ke nak ketawa!,” tulisnya pada video yang dikongsikan menerusi Instagram itu.
Sambil menangis, Baem turut tidak mahu jauh daripada ibunya dan hanya memeluknya erat. Malah, dia tak henti berzikir.
Bagaimanapun selepas kejadian, benjol besar di kepala Baem kian menyusut dan kembali pulih.
Baem merupakan anak ketiga pasangan usahawan berjaya ini.
Selain Baem, pasangan ini turut mempunyai empat orang cahaya mata lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Foto: Instagram Datin Shahida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI