Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil 7 Bulan… Ayda Jebat Tak Kisah Soal Jantina Bayi Bakal Lahir, Cuma Hanya Doa Yang Terbaik
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang kini hamil tujuh bulan mengakui dia tidak kisah dengan jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun menurut Ayda, dia suami Nabil Mahir hanya mendoakan bayi sulungnya itu berada dalam keadaan yang baik, sihat dan ceria seadanya.
“Bayi lelaki atau perempuan, itu tak penting. Kita hanya mahu yang terbaik, bayi sihat dan ceria. Amin,” katanya.
Terdahulu menerusi hantaran di Instagram, Ayda berkongsi gambarnya bersama suami sambil memegang sebiji kek yang dihantar rakan baiknya bernama Ash, mencuri perhatian peminat.
Kek yang berbentuk beg tangan dan botol susu bayi itu turut dihiasi dengan dua ‘cup cake’ warna biru dan merah jambu sebagai simbolik kepada jantina bayi yang dikandung sama ada lelaki atau perempuan.
Ayda pada masa sama turut berharap agar ibu hamil di luar sana supaya menjaga kesihatan diri, memandangkan angka kes positif Covid-19 yang meningkat di negara ini.
Malah penyanyi Mata ini turut tidak ketinggalan mengajak peminatnya mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah yang kini dilaporkan masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya, pada Jumaat.
“Ibu-ibu hamil di luar sana, tolong jaga diri. Kes Covid-19 makin tinggi. Mari doakan Kak Sarah dan bayinya sihat.
“Untuk ibu dan bayi yang sakit, sihat-sihat selalu hendaknya. Bagi yang mahukan zuriat, semoga dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya lagi.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Che Ta Selar Wanita Jangan Jadi ‘Bodoh’, Berdiam Diri Bila Jadi Mangsa…
Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
Wanita Perlu Bijak, Elak Jadi Mangsa
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya.
Meski Lelaki Boleh ‘Berubah’, Wanita Harus Waspada!
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Masuk Ke Bilik Persalinan…” – Bukan Calang-Calang, Jom Intai Kemewahan Bilik Persalinan Tok Ti
Walau hanya sekadar bilik persalinan dan selalu dipandang enteng, namun berbeza buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bilik untuk merehatkan badan dan menukar pakaian dihias dengan cukup mewah dengan adunan rona tanah dan sentuhan keemasan.
Jelas Tok Ti, bukan hanya biliknya sahaja, namun artis terlibat turut dapat menikmati keindahan dekorasi elegan ini.
“Penat berlatih dan membuat persembahan, bila masuk ke bilik persalinan, semua kepenatan hilang melihatkan dekorasi yang cantik ini. Seperti biasa @lenteracreativehome telah menghias bilik persalinan saya, artis-artis lain dan juga Mak Ngah di Istana Budaya. Terima kasih @lenteracreativehome dan terbaiklah,” tulisnya.
Siti bakal menggegarkan Istana Budaya menerusi Konsert Karya Agung Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zin bersama Orkestra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI