Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal mencuri perhatian hari ini apabila didakwa sudah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya.
Ia susulan beberapa foto tular di media sosial, yang dipercayai milik peminat kumpulan itu sebentar tadi.
Bagaimanapun meninjau Instagram Syasya, tiada sebarang kemas kini mengenai pernikahan tersebut sebagai yang didakwa.
Terdahulu, Syasya mengejutkan peminat dengan mengumumkan pengunduran diri daripada girl grup berkenaan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Benda Nak Minta Sponsor?,” – Nikah September, Selebriti Mana Mohon Tajaan Pakej Bulan Madu, Siap Minta RM1,000?
Tular di laman sosial apabila pemilik sebuah agensi pelancongan, Themohdafiqq memuat naik sekeping surat rasmi dari seorang selebriti berkenaan dengan permohonan tajaan.
Menerusi foto yang dikongsi menerusi Insta Stories itu, ia secara jelas berkaitan dengan permohonan dari selebriti terbabit yang meminta tajaan untuk empat orang, termasuk buat pengurus serta mekap artis.
Malah, selebriti yang tidak dinyatakan namanya itu turut dilihat meminta wang sebabyak RM1,000 sebagai bayaran bagi tujuan promosi di platform media sosial.
Pengguna Instagram itu bagaimanapun menyelar tindakan selebriti berkenaan dan menjelaskan dia tidak nampak di manakah prinsip ‘menang-menang’ atas tujuan tajaan ini seperti yang tertera.
Ini kerana, dia didakwa masih perlu mengeluarkan RM1000 untuk tujuan promosi.
“Pantang betul jenis orang yang nak benda free ni. Kau minta aku sponsor kau semua tapi kenapa minta RM1000 untuk token?
“Mana win-win situasi?
“Baik aku bayar RM1000 buat ig ads. Miskin sangat ke jadi artis ni sampai semua benda nak minta sponsor?” tulisnya.
Difahamkan menerusi surat yang dikongsi, selebriti tersebut bakal melangsungkan majlis pernikahan, September depan.
Namun, lokasi percutian selama tiga hari dua malam itu tidak pula dinyatakan.
Foto : Instagram Themohdafiqq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Ilmu Di Rumah Tya Arifin & Asyraf Khalid Dihadiri Rakan Selebriti, Sesi Usrah Bersama Ustaz Wadi Annuar
Pasangan usahawan, Asyraf Khalid bersama isterinya yang juga pelakon, Tya Arifin menjadi tuan rumah bagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman mereka, baru-baru ini.
Antara selebriti yang dilihat hadir ke majlis ilmu berkenaan ialah Neelofa yang hadir bersama suaminya, Haris Ismail, Abby Abadi, Linda Rafar, Datin Fouziah Ghouse, Izara Aishah dan ramai lagi.
Malah Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama-sama menghadiri majlis ilmu yang menyaksikan Wadi Anuar sebagai penceramah.
Video pendek serta foto pada majlis sama turut dikongsikan para selebriti yang hadiri bersama coretan indah yang disertakan.
Artikel Berkaitan;
“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…
“Hari Ini Kita Kena Relakan Dia,” – Tya Arifin Sedih Melepaskan Kereta Lama, Suami Sebak Sama
Tya menerusi Instagram turut memuat naik sedutan siaran langsung (IG Live) ketika sesi tersebut berjalan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagi Ratu, Ini Ujian, Jadi Mungkin Allah Nak Tegur,” – Safiey Illias
Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias menyifatkan kecaman yang diterima adalah ujian dan teguran dari Allah SWT.
Malah pemilik nama lengkap Mohd Safiuddin Illias menerusi satu posting Instagram turut menambah, dia memilih untuk berfikiran positif terhadap apa sahaja yang berlaku.
“Walau pipi saya bernanah sbb infeksi , tpi kenapa saya upload dan share? Kenapa x diam dan sorok? Kalau upload lagi org tahu dan org ketawakan.
“Tq @dralicegoh sebab betulkan kening ratu. Tp xde lah smpai RM30k. Ratu ada buat treatment lain juga ya. Jgn salah faham pula. @dralicegoh baik harga berpatutan.
“Org mmg suka bila kita ni susah, jatuh, down dan sedih. Mmg prangai org kita cmtu. Sbb ratu pun suka gelakkan org hahaha. So adil lah.
“Bgi ratu ni ujian, so mungkin Allah nk tegur. Sekaligus beri informasi dkt org ramai agar berhati hati dgn service estetik oleh bukan doktor,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut bercerita sebab dirinya berkongsi mengenai perkembangan rawatan kosmetik yang dilakukan.
“Kenapa ratu upload? Supaya korang gelakkan dan hentam kaw2. Ratu anggap ujian tanda Allah syg. Ratu positifkan diri. Ratu jadikan ujian itu sebagai marketing yg Allah bg secara tiba2 tanpa dirancang.
“Benda dh berlaku org ckp, apa kita boleh buat untuk undur. Terima dgn hati terbuka dan ambik hikmahnya. Kalau contoh harini sales kita slow, apa hikmah kita boleh dapat? Mcm2 tau.
“Fikir sendiri. Jgn nampak nak sales berjuta aje tapi kita tak sedar ujian pun didatangkan dgn hikmah.
“Tu la hikmahnya. Tp ramai org bila kene ujian sedih, down dan stress. So relaks je. Ambik hikmah. Tukar terus emosi negatif jadi positif!
“Hujung2 @glasskinz.co membantu ratu merawat luka nanah ni dan tak ada parut. So skrg ni ratu pulak nk ketawakan korg yg gelabah beruk haritu kutuk mcm2. POSITIF. POSITIF!
“Kalau x positif , happy , ceria , mcm mana nak menjala rezeki ? Mcm mana nak tarik rezeki ? Sebenarnya bukan saya sorg diuji , korg pun diuji untuk tahan mulut drpd bercakap bukan2. Haha. 1 jari tunding dkt org, 9 jari tambah 10 jari kaki, total 19 jari tunding dkt kita balik.
“Yg baik jadikan tauladan , yg kurang kita sama2 jadikan sempadan . Maaf drpd ratu andai diriku Terluka. Gitu,” tulis Safiey panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on
Safiey sebelum ini mendapat perhatian selepas mendedahkan bahagian pipinya mulai bernanah sejurus mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.
Lalu, tindakan penyanyi lagu Syinta Gila ini yang dikatakan sering berkongsi sisi rawatan kosmetik yang turut menarik perhatian beberapa pendakwah bebas hingga mencetuskan reaksi pelbagai.
Foto: Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI