Band terkenal Indonesia, Fourtwnty akui teruja apabila dapat kembali lagi ke Kuala Lumpur untuk Konsert Heliotropisme 2022 di Zepp selepas kali terkahir membuat persembahan di sini pada tahun 2019.
Menurut vokalisnya, Ari Lesmana, Fourtwnty berasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk mengadakan persembahan di vanue yang sememangnya menjadi idaman para penggiat seni.
Katanya lagi, dia juga terharu dengan kehadiran para peminat yang memberikan energi luar biasa sepanjang konsert yang berlangsung selama hampir dua jam itu.
“Kami sudah menganggap Kuala Lumpur seperti rumah kedua kami. Suasanya seperti berada di rumah. Ada Jalan Raja Bot dan ada nasi kandar.
“Kalian semua sememangnya luar biasa. Kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa ini. Disebabkan konsert di Kuala Lumpur, kami jadi bertambah semangat untuk berlatih hampir setiap hari.
“Oleh itu, sekembalinya kami ke Indonesia nanti, kami akan menyiapkan album kami yang terbaru yang sebenarnya sudah tertunda hampir empat tahun,” katanya.
Pada konsert tersebut, Fourtwnty telah membawakan hampir 17 buah lagu antaranya Zona Nyaman, Fana Merah Jambu dan lagu terbaru mereka yang berjudul Mangu.
Ads
Para peminat juga turut dihiburkan dengan rekaan grafik yang sangat kreatif pada skrin layar gergasi sepanjang konsert berlangsung.
Sewaktu membawakan lagu, Merindukanmu dendangan asal band popular Indonesia, D’Masiv, Ari turut menyeru para peminat untuk tidak merendah-rendahkan hasil seni orang lain hanya kerana mereka kini sudah bergelar artis ‘mainstream’.
“Jangan sesekali memperkotak-katikkan muzik. Kalau tak suka skip sahaja. Tak perlu memberikan sebarang komen. Ini hasil usaha orang lain. Jangan sesekali kita merandahkan.
“Saya tahu jauh disudut hati, kalian sukakan lagu ini. Tak kisahlah sama ada artis ‘indiependent’ atau ‘mainstream’, kita sokong sahaja mereka semua,” ujarnya lagi
Ads
Ketika ditemui media, sepanjang 14 tahun bergiat aktif di dalam industri muzik Indonesia, Ari mendedahkan Fourtwnty sebenarnya turut tidak ketinggalan merasai saat jatuh dan bangun sebagai anak seni.
Katanya lagi, Fourtwnty hampir dibubarkan pada 2015 berikutan pelbagai rintangan termasuklah tiada pendapatan pada ketika itu.
“Meskipun lagu kami kerap dimainkan di radio tetapi kami tidak dipanggil untuk membuat persembahan.
“Kami juga terpaksa kumpulkan wang masing-masing yang masih ada untuk belanja makan kami selama tiga hari ke depan.
Ads
“Jenama-jenama besar juga menolak kami ketika itu. Kami cuma mencari pendapatan dengan melakukan persembahan depan khalayak atau ‘busking’ saja,” katanya.
Namun, berkat kesabaran dan semangat setia kawan sesama ahli kumpulan, kini nama Fourtwnty semakin popular bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di negara jiran.
Malah, jadual mereka juga dikatakan sangat padat dengan siri jelajah konsert di seluruh Indonesia
Konsert Heliotropisme 2022 telah berlangsung selama dua hari pada 1 dan 2 Oktober lalu.
Selain Ari, kumpulan itu turut dianggotai Nuwi, Agi, Primanda ridho, dan Ryan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim mendedahkan dirinya telah terlibat dalam satu insiden kemalangan yang tidak disengajakan sewaktu menjalani penggambaran drama Demi.
Menurut Ashraf, rakan pelakon, Kith Foo dikatakan tidak sengaja menumbuk hidungnya dengan kuat sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan.
Bagaimanapun, Asyraf menyifatkan insiden tersebut merupakan perkara biasa di dalam dunia lakonan.
“Sewaktu menjalani penggambaran di Bukit Fraser, ada berlaku kemalangan kecil ketika melakonkan satu babak. Kith Foo tak sengaja menumbuk saya sehingga tercedera di bahagian hadapan hidung.
“Namun, saya anggap insiden tersebut adalah normal dalam dunia lakonan. Kadang-kadang ada risiko yang kita tak perasan. Bila dah terjadi kita kena tanggung sendiri. Walau pun dah berlatih, kalau nak jadi, tetap jadi juga,” katanya kepada MH.
Pelakon berusia 40 tahun ini turut memberitahu dia terpaksa memandu sendiri untuk turun daripada Bukit Fraser bagi mendapatkan rawatan.
Lantaran itu, dia terpaksa menangguhkan segala aktiviti penggambaran kerana dirawat di hospital selama lima hari .
“Saya boleh katakan ini merupakan antara kecederaan yang paling serius sepanjang bergelar pelakon. Selepas kejadian tersebut, saya terpaksa turun daripada Bukit Fraser kerana di situ tiada klinik atau hospital pakar.
“Saya terpaksa turun dengan keadaan trafik yang agak sesak sebab hari minggu. Perjalanan tu jadi dua jam. Saya terpaksa berhenti di tepi jalan sebab nak muntah dan darah berjujuran.
“Saluran hidung pecah. Jadi, saya terpaksa ditahan di wad hampir lima hari,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah kejadian tersebut membuatkan dirinya fobia untuk kembali melakonkan babak-babak pergaduhan, Ashraf memberitahu, dia cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Selepas itu saya sambung penggambaran semula. Saya Kith jadi agak risau juga. Bila ada babak tolak menolak kami dah seram.
“Saya tidalah serik cuma saya akan lebih berhati-hati sahaja. Sebelum mula penggambaran, sebaiknya ada rehearsal dahulu supaya kita dapat gambaran sesuatu babak dan mengelak daripada kecederaan.
“Saya dah berlakon hampir 20 tahun. Insiden seperti ini tetap boleh berlaku walaupun ini bukan drama aksi tapi perkra seperti ini boleh terjadi,” akhirinya.
Terdahulu, drama Demi kini sedang ditayangkan di saluran TV Okey pada setiap hari Selasa hingga Jumaat jam 9 malam.
Selain Ashraf, drama sarat emosi ini turut akan menampil barisan pelakon seperti Keith Foo, Puteri Aishah, Riz Amin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Elfira Loy memaklumkan perkembangan terkininya yang kini sedang menghitung waktu menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya.
Jelas Elfira, dia kini masih lagi berada di bilik bersalin dan keadaanya pula berasa sedikit penat.
Lantaran itu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf ini berharap agar semua dapat menitipkan doa semoga segala urusan saat melahirkan cahaya mata kedua ini akan dipermudahkan.
“Sebak baca doa-doa yang dikirimkan. Masih lagi di bilik bersalin ketika ini. Sedikit penat tapi InshaAllah dipermudahkan semuanya. Atas izin Allah SWT.
“Saya tak tahu doa siapa yang Allah akan makbulkan untuk saya. Jadi saya minta doa pada semua supaya dipermudahkan proses bersalin untuk saya. Semoga baby keluar pun dalam keadaan yang lancar dan sihat.
“Maafkan saya jika saya ada buat salah,” tulisnya.
Semalam, Elfira memaklum dirinya telah mengalami beberapa simptom pada sebelah malam seperti cirit birit, kontraksi dan muntah sehingga menyebabkan dia berasa seperti ingin pitam.
“Paling takut bila dah malam sebab baby sangat aktif. Kontraksi juga berlaku pada sebelah malam.
“Pekej cirit-birit, kontraksi dan muntuh sekali. Hampir nak tidur dekat dalam bilik air. Rasa nak pitam. Jadi trauma nak lalui malam ni,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semngat selain turut mendoakan semoga segala urusan Elfira saat melahirkan cahaya mata kedua akan dipermudahkan.
Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!