Menerusi laman Twitter, Instafamous Sharifah Rose ada melayangkan kisah romantis apabila sang kekasih, Aazief Khalid menempah tuala wanita secara bulanan dan dihantar terus ke rumahnya setiap bulan.

Jelasnya, tindakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini disebabkan dia terlupa membeli tuala wanita tempoh hari.

“Forgot to buy pads the other day and Aazief subscribed a monthly organic pad to be sent to my house every month,” tulisnya sambil disertakan dengan bungkusan hadiah serta ucapan romantis yang diterima.

IKLAN

Lalu, pelbagai komen yang ditinggalkan di ruangan komen.

Ada yang menyifatkan Aazief sebagai seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab dan tahu bagaimana melayan kekasih.

IKLAN

Malah tindakan romantis ini cukup mengujakan berbanding sejambak bunga Ros.

“From Your Loved One,” – Aazief Khalid Langgan Tuala Wanita Buat Kekasih, Sharifah Rose

IKLAN

Pada masa sama, bintang media sosial itu turut berkongsi akaun Instagram berkaitan.

Foto : Twitter Sharifah Rose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI